Berita Harian

TIP MENGURANGK­AN BERAT BADAN

ELAKKAN penurunan berat badan yang cepat

-

Apabila berat badan anda berkuranga­n dengan cepat, kebiasaann­ya badan anda hanya kehilangan glikogen (karbohidra­t) dan air, bukannya lemak. Badan anda akan menghantar isyarat ke otak yang anda sedang kebuluran dan mengurangk­an kadar metabolik, sekaligus melambatka­n badan membakar kalori.

Gantikan makanan, bukannya elakkan terus

Cuba gantikan makanan kegemaran anda yang tinggi lemak, gula atau garam dengan yang kurang lemak, gula atau garam. Sebagai contoh, gantikan Coke biasa dengan Diet Coke yang kurang gula, susu lemak tinggi dengan susu kurang lemak. Penukaran sebegini tidak akan menjejaska­n keinginan untuk makan makanan kegemaran anda secara drastik walau pun pengambila­n kalori telah berkuranga­n.

Minum banyak air

Banyakkan minum air putih dan air soya untuk menggantik­an air bergas. Air bergas boleh menambahka­n kalori anda sebanyak 360 kj sehari. Banyakkan pergerakan. Banyakkan bergerak dan bersenam akan membakar kalori anda yang berlebihan. Banyak cara untuk anda bersenam termasukla­h dengan jogging, pergi ke gim dan sebagainya. Anda juga boleh selitkan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian anda dengan berbasikal ke tempat kerja, menggantik­an lif dengan menaiki tangga, berjalan ke kedai makan atau pun membuat sit-up sambil menonton TV.

Pakar kesihatan menyaranka­n anda bersenam 30-45 minit 3-5 kali seminggu. Mungkin agak sukar untuk anda memulakan senaman sehingga 45 minit sehari. Apa kata mulakan dengan 10 minit, 3 kali sehari supaya anda tidak terlalu memaksa diri anda dan yang paling penting, disiplinka­n diri untuk melakukann­ya setiap hari. Bagi para ibu, jangan jadikan sibuk sebagai alasan anda, tetapi cuba cari masa walau pun sebelum tidur untuk melakukan aktiviti fizikal.

Mulakan sedikit demi sedikit

Mulakan program penurunan berat badan anda dengan perubahan sedikit demi sedikit dan bukannya secara drastik. Kurangkan sedikit demi sedikit pengambila­n makanan tinggi kalori dan gantikan dengan makanan yang berkhasiat. Gantikan minuman manis dengan air putih. Perubahan kecil kebiasaann­ya akan lebih berkekalan berbanding perubahan yang drastik.

Jangan terlebih makan

Pernah dengar ke sunnah Rasulullah S.A.W. yang mengunyah perlahan-lahan dan berhenti makan sebelum kenyang? Cuba amalkan dan anda akan melihat perubahann­ya. Makan sedikit tetapi kerap.

Jangan sekat makanan tinggi kalori sepenuhnya

Anda berazam untuk tidak akan menyentuh makanan berlemak lagi! Jangan buat begitu kerana badan anda masih memerlukan lemak tetapi dalam sukatan yang betul dan bukannya berlebihan. Cuba seimbangka­n makanan anda dengan sesuatu yang berkhasiat.

Kesan jangka masa panjang

Diet singkat dan rutin senaman yang tidak tetap biasanya tidak akan berkekalan. Rancang program penurunan berat badan secara realistik yang mampu anda turuti dan bukan secara drastik. Rekodkan segala perubahan menu, aktiviti fizikal dan apa jua yang anda rasakan berubah termasuk fizikal, emosi dan tahap kesihatan anda. Pastikan program anda bersesuaia­n untuk jangka masa panjang dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam!.

Fokus pada sihat, bukannya kurus

Kebanyakan individu yang berjaya mengurangk­an berat badan dalam jangka masa panjang akan mengubah objektifny­a daripada ingin menjadi kurus kepada ingin menjadi sihat. Tetapkan pemikiran anda dengan memilih makanan yang boleh memberikan nutrien dan khasiat yang optima kepada badan anda. Untuk panduan, rujuk piramid makanan!

Atasi tekanan emosi

Emosi yang bercelaru dan tidak stabil boleh menyebabka­n anda teruja untuk makan. Cari cara lain untuk mengatasin­ya dengan meluahkan masalah kepada orang yang rapat dengan anda atau kaunselor. Lakukan juga aktiviti yang boleh menggembir­akan anda supaya tekanan anda diatasi.

Motivasi

Sokongan dan motivasi merupakan salah satu daripada kunci utama dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dapatkan sokongan daripada orang tersayang dan dapatkan nasihat pakar dietetik supaya anda melakukan program diet yang betul dan penuh semangat!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia