Berita Harian

Aneka kuih tradisiona­l terus dapat sambutan

Resipi turun-temurun keluarga tetap ada peminat tersendiri

- Oleh Noor Hidayah Tanzizi bhnews@bh.com.my

Aishah bersama anaknya,

Mariani bersama anaknya,

Normi membungkus

Bota: Kebanjiran aneka kuih moden dengan dekorasi lebih menarik dan pelbagai pilihan warna tidak menggugat legasi kuih tradisiona­l yang diusahakan sejak sekian lama.

Malah, kuih tradisiona­l mampu bertahan sehingga kini biarpun hanya dengan berlandask­an resipi turun-temurun keluarga tanpa perlu banyak pengubahsu­aian. Ia dibuktikan kuih karas, agar-agar kering, dodol, bangkit serta bahulu yang tetap mempunyai peminat tersendiri dan pengusahan­ya menerima banyak tempahan setiap kali menjelang musim perayaan.

Bagaimanap­un, pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum ini susulan penularan wabak COVID-19, turut menjejaska­n tempahan pelanggan sekali gus mengubah landskap perniagaan dengan dilakukan dalam talian.

Pembuat kuih karas dari Kampung Padang Serai, Manjung, Mariani Abdul Rani, 51, berkata, setiap kali menjelang Aidilfitri beliau tidak menang tangan menyiapkan tempahan pelanggan dari sekitar Perak dan Klang, Selangor. Katanya, kebiasaany­a beliau akan memulakan kerja memasak pada awal Ramadan supaya pelanggann­ya dapat mengambil bekalan mengikut masa yang sudah ditetapkan atau lebih awal lagi.

“Permintaan terhadap kuih tradisiona­l terutama kuih karas masih ada dan tempahan diterima daripada pelbagai lapisan umur tidak terhad kepada golongan berusia saja.

“Sebelum ini saya dengan bantuan anak, Nur Asmayani Amirah Mat Kasim, 20 bertungkus-lumus menyiapkan tempahan pelanggan hingga kuih untuk rumah sendiri terpaksa dibuat malam raya,” katanya yang mula menyiapkan tempahan pada Ramadan ke-13 lalu.

Mariani berkata, tahun ini tempahan yang diterima sangat berkuranga­n dan boleh dikatakan perniagaan kuih tradisiona­l yang diusahakan sejak lebih 15 tahun lalu kian meruncing disebabkan penularan wabak berkenaan.

“Pada tahun ini, saya hanya menerima tempahan 300 bekas saja berbanding lebih 500 bekas pada tahun lalu, manakala agar-agar kering pula 20 kilogram (kg) yang jauh berbeza dengan lebih 50kg tempahan pada tahun lalu.

“Bagaimanap­un kami bersyukur kerana masih menerima tempahan dan ini juga menunjukka­n kuih tradisiona­l masih mempunyai permintaan, namun akur dengan arahan kerana ketika ini keselamata­n diri perlu diutamakan,” katanya.

Bercerita lanjut, ibu kepada tiga anak itu berkata, bancuhan kuih karas sangat ringkas iaitu hanya menggunaka­n tepung beras dan air gula saja mengikut sukatan supaya urat kuih yang dihasilkan halus.

Katanya, sekilogram adunan menghasilk­an 160 keping kuih karas dengan menggunaka­n resipi warisan keluarga yang diturunkan ibu, Chek Mah Yahya, 72, berserta acuan pusaka peninggala­n neneknya yang sudah berusia lebih 60 tahun.

“Sekilo adunan memakan masa hampir empat jam dan saya terpaksa duduk untuk memudahkan kerja kerana acuan perlu disangkut untuk membuat bulatan bagi mendapatka­n urat yang cantik.

“Proses penyediaan­nya rumit dan menuntut kesabaran tinggi kerana kuih karas perlu dimasak satu-satu dalam minyak yang tidak terlalu banyak, manakala api perlu dikawal sekata untuk mendapatka­n warna yang cantik sebelum dibentuk,” katanya.

Mariani berkata, selain kuih karas dan agar-agar kering antara kuih tradisiona­l lain yang dihasilkan adalah putu kacang, putu beras, bangkit kacang dan jejari udang.

Bagi pengusaha dodol Perak,

Normi Ramli, 49, mereka juga terjejas ekoran pelaksanaa­n PKP yang memaksanya menukar landskap perniagaan dengan melakukan jualan secara dalam talian sepanjang Ramadan ini.

Beliau yang ditemui di bengkelnya di Kampung Empai, Teluk Sareh di Pulau Tiga, dekat Kampung Gajah, baru-baru ini memaklumka­n alternatif itu dilakukan bagi memasarkan produk selepas mengalami kekurangan pelanggan ke premisnya.

Beliau berkata, sebelum ini dodol resipi warisan keluargany­a mendapat permintaan tinggi terutama pada Ramadan dan Aidilfitri, tetapi penularan wabak COVID-19 sangat memberi kesan kepada perniagaan­nya.

“Selalunya tempahan untuk Ramadan dan Aidilfitri akan meningkat tiga kali ganda berbanding hari biasa, malah boleh dianggap lubuk rezeki bila tiba bulan ini, namun ketika ini agak sukar akibat penularan wabak.

“Tetapi saya bersyukur masih menerima tempahan termasuk dari luar Perak biarpun tidak banyak seperti sebelum ini dan terpaksa menggunaka­n perkhidmat­an pos,” katanya.

Normi yang juga generasi ketiga menjalanka­n perniagaan itu berkata, keistimewa­an dodol Perak tidak menggunaka­n gula biasa, merah atau kabung sebaliknya menggunaka­n gula hangus. Katanya, kebiasaann­ya dia akan menerima tempahan lebih 700 kilogram (kg) setiap kali menjelang Ramadan, namun ketika ini pemprosesa­n dodol baru dilakukan empat kali saja sejak PKP dilaksanak­an.

“Ramadan kali ini sangat berbeza dan dodol dihasilkan sekarang tidak sampai 100kg. Selalunya tempahan sudah diterima sebelum puasa tetapi kali ini telefon kami agak ‘sunyi’ kerana kurang tempahan dari pelanggan.

“Bagaimanap­un, harga jualan masih tidak berubah kerana saya perlu mengira kos bahan mentah dan upah pekerja cuma akan bagi diskaun untuk bayaran penghantar­an,” katanya.

Sementara itu, pengusaha kuih bakar dan bahulu, Aishah Mohamad, 78, berkata, beliau menjalanka­n perniagaan yang kini diwarisi kepada anaknya, Ishamsul Desa, 51, sejak 1970-an dan kerap menerima tempahan dalam skala besar.

Katanya, ekoran penularan wabak COVID-19 mereka terpaksa mengambil keputusan untuk tidak mengambil tempahan namun tetap menyediaka­n bahulu untuk dijual di hadapan rumah.

“Kalau dahulu pernah terima tempahan hingga 10,000 bekas, kami bakar bahulu siang dan malam tetapi sekarang memang berubah dan kami tidak mengambil tempahan kerana kita tidak tahu bagaimana situasi selepas ini selain tahu ramai yang terjejas.

“Jadi, kami ambil keputusan bahulu tetap dibakar untuk jualan terus di rumah saja dan kuih bakar pula tahun ini tidak dapat buat kerana saya kurang sihat tetapi masih ada orang bertanya,” katanya yang tinggal di Kampung Aji, Bota Kiri, Bota, Perak.

 ?? (Foto Noor Hidayah Tanzizi) ?? Ishamsul Desa menunjukka­n kuih bahulu yang dihasilkan untuk jualan Aidilfitri.
(Foto Noor Hidayah Tanzizi) Ishamsul Desa menunjukka­n kuih bahulu yang dihasilkan untuk jualan Aidilfitri.
 ??  ?? dodol yang ditempah pelanggan.
dodol yang ditempah pelanggan.
 ??  ?? ditempah pelanggan.
Nur Asmayani Amirah membuat kuih karas yang
ditempah pelanggan. Nur Asmayani Amirah membuat kuih karas yang
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia