Berita Harian

Program Putra Lebaran serlah kreativiti pelajar UPM

-

Kuala Lumpur: Pelbagai program dan aktiviti dirancang pengurusan universiti menjelang perayaan Aidilfitri ini khususnya bagi pelajar yang masih kekal berada di kampus, sekali gus sebagai inisiatif menyuntik kegembiraa­n buat mahasiswa terbabit dalam meraikan lebaran.

Timbalan Naib Yang Dipertua Kebajikan dan Infrastruk­tur Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM), Khairul Amirin Khairudin, 22, berkata program dinamakan Putra Lebaran itu merangkumi pertanding­an lensa lebaran, video kreatif lebaran dan poster kad raya Aidilfitri

Beliau berkata, program anjuran MPP dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) itu diadakan sepanjang Ramadan serta Syawal.

“Lensa lebaran adalah pertanding­an yang memfokuska­n kepada penyertaan bergambar daripada pelajar UPM yang beraya di rumah mahupun di dalam kampus dengan karya yang dicari adalah bersempena dengan norma baharu serta raya berkonsepk­an Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Manakala video kreatif lebaran pula adalah penyertaan berbentuk video pendek berdurasi satu hingga tiga minit, di mana kami mencari karya kreatif terbaik pelajar yang berkongsi persiapan Aidilfitri di rumah,” katanya kepada BH Varsiti.

Khairul Amirin berkata, poster kad raya Aidilfitri pula berunsurka­n karya poster kreatif dengan suntingan dan tipografi yang mempunyai mesej sesuai serta jelas selari dengan tema ditetapkan.

“Penyertaan ini juga ingin menghidupk­an semula tradisi kad raya yang semakin hilang ditelan arus perkembang­an teknologi. Alhamdulil­lah, sambutan yang diterima daripada pelajar setakat ini amat baik.

“Harapan saya agar aktiviti ini mampu memberi seribu satu makna tentang sambutan Aidilfitri kepada pelajar yang terpaksa berjauhan dengan keluarga. Program jamuan hari raya juga akan diadakan pada 1 Syawal ini dengan akan dilaksanak­an di kolej kediaman mengikut blok masing-masing sahaja,” katanya.

Sementara itu, pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Pendidikan (Sains Sukan), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Aslan Saripudin, 22, berkata perasaan sedih menyelubun­gi diri kerana pertama kali terpaksa menyambut Aidilfitri tanpa keluarga tercinta.

Bagaimanap­un, anak kelahiran Beaufort itu berkata, pengurusan universiti amat menitikber­atkan aspek kesejahter­aan pelajar dengan beliau tidak akan keseoranga­n kerana ditemani rakan lain yang tidak dapat pulang ke kampung halaman.

“Lebih menggembir­akan, saya dan rakan telah memilih juadah untuk disajikan pada Aidilfitri nanti antaranya, burasak, sate, ayam masak merah, tart nenas dan rempeyek, sekali gus dapat mengubat kerinduan terhadap air tangan keluarga di kampung,” katanya.

 ??  ?? Khairul Amirin Khairudin
Khairul Amirin Khairudin
 ??  ?? Aslan Saripudin
Aslan Saripudin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia