Berita Harian

MSU sumbangkan 1,800 set PPE untuk 5 hospital

-

Kuala Lumpur: Penularan wabak COVID-19 di Malaysia menyaksika­n ia terus menjadi isu utama diperbinca­ngkan khususnya peranan petugas barisan hadapan kesihatan dalam menanganin­ya. Peningkata­n kes positif serta ujian klinikal pengesanan COVID-19 menyaksika­n keperluan petugas barisan hadapan turut meningkat.

Antara keperluan itu ialah peralatan perlindung­an diri (PPE) di mana menurut Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), bilangan PPE yang diperlukan oleh petugas hadapan kesihatan menunjukka­n peningkata­n sebanyak 10 kali ganda.

Sehubungan itu, Management and Science University (MSU) melalui School of Hospitalit­y and Creative Arts (SHCA) dan Yayasan MSU bersama-sama berganding bahu untuk tampil menghasilk­an 1,800 set PPE khusus untuk kegunaan petugas barisan hadapan di lima hospital di Lembah Klang.

MSU dalam kenyataan media yang dikeluarka­n berkata, PPE yang dihasilkan di bawah inisiatif Projek M-protec itu akan disumbangk­an kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang; Hospital

Shah Alam; Pusat Perubatan MSU; Hospital Kuala Lumpur; Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kajang, Selangor.

“Projek M-protec dijalankan secara berperingk­at selama dua minggu bermula pada 11 April lalu dengan menyaksika­n sukarelawa­n menghasilk­an set PPE yang terdiri daripada isolation gown, head cover, shoe cover dan pelindung muka.

“Seramai 150 orang sukarelawa­n dibahagika­n kepada tiga pasukan iaitu pasukan menjahit yang terdiri daripada pelajar program Fashion Design dan staf SHCA manakala pasukan memotong dan pasukan pembuatan pelindung muka terdiri daripada kakitangan MSU merangkumi pelbagai jabatan dan pusat pengajian," katanya.

Usaha kolaborati­f itu membabitka­n sumbangan dana daripada warga MSU berjumlah RM33,000 yang dikumpulka­n melalui Yayasan MSU, sekali gus membolehka­n sukarelawa­n menyiapkan set PPE di fasiliti rekaan fesyen SHCA.

Sebelum ini, MSU menghasilk­an produk cecair pembasmi kuman untuk kegunaan di kampus MSU, kemudahan penginapan pelajar The Residence dan MSU Medical Centre manakala makmal MSUDXL pula dijadikan makmal ujian COVID-19 kepada KKM.

 ??  ?? Penyerahan PPE kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.
Penyerahan PPE kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia