Berita Harian

Harga MSM dijangka cecah RM2,400 satu tan

Kenaikan didorong langkah India perbaharui pembelian minyak sawit

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@nstp.com.my

Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka mencecah ke paras RM2,300-RM2,400 satu tan dalam tempoh beberapa bulan akan datang didorong langkah India memperbaha­rui pembelian komoditi itu dari Malaysia.

Turut menyokong harga adalah peningkata­n permintaan dari negara lain yang sudah membuka kembali ekonomi masingmasi­ng.

Setakat jam 5 petang semalam, komoditi itu diniagakan pada RM2,230 satu tan untuk bulan semerta Jun 2020 di pasaran hadapan Bursa Malaysia Derivative­s.

Ketua Eksekutif Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA), Datuk Nageeb Wahab, berkata langkah India itu dilihat sesuatu yang positif buat pasaran minyak sawit negara yang mana ia mampu membantu mengurangk­an lambakan inventori MSM tempatan yang ketika ini sebanyak dua juta tan.

Beliau berkata, jumlah inventori itu meningkat sebanyak 17 peratus atau 400,000 tan daripada 1.6 juta pada tiga bulan lalu.

Katanya, sepanjang pelaksanaa­n perintah kawalan pergerakan (PKP) industri itu hanya ditutup selama sehari sahaja sewaktu PKP kecuali di Sabah selama dua minggu yang menyebabka­n kadar pengeluara­n minyak sawit tidak berapa terjejas dan hanya menurun sedikit sahaja iaitu di antara lima hingga 10 peratus.

“Ia jauh lebih rendah berbanding kadar eksport yang menurun dengan ketara iaitu antara 30 hingga 40 peratus sekali gus menyumbang kepada peningkata­n mendadak inventori minyak sawit tempatan.

“Kini, dengan langkah kerajaan menurunkan duti eksport MSM untuk Jun ini kepada sifar berbanding 4.5 peratus menyebabka­n harga komoditi kita menjadi amat kompetitif sekali gus menyumbang kepada peningkata­n permintaan.

“Ia ditambah dengan jumlah stok MSM di India yang semakin berkuranga­n selain hubungan diplomatik yang kembali reda di antara kedua-dua negara menyebabka­n mereka kembali membeli dengan kita,” katanya kepada BH ketika dihubungi, di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut laporan, pembelian yang diperbahar­ui itu berlaku susulan hubungan perdaganga­n antara India dan Malaysia yang semakin bertambah baik selepas pembentuka­n kerajaan baharu di Putrajaya.

Pembelian baharu itu juga berlaku selepas Malaysia menandatan­gani perjanjian membeli 100,000 tan beras India pada minggu lalu.

Awal tahun ini, India mengehadka­n pembelian minyak sawit dari Malaysia berikutan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik cara negara itu melayan minoriti Islam di sana.

Berita itu juga menerima reaksi positif di Bursa Malaysia apabila kaunter berkaitan perladanga­n didagangka­n dengan aktif hari ini antaranya Rimbunan Sawit dan TDM Bhd.

Setakat jam 4.04 petang semalam, saham Rimbunan Sawit turun dua sen kepada 29 sen dengan 127.8 juta saham bertukar tangan, manakala TDM turun 0.015 sen kepada 25 sen dengan 118.1 juta saham didagangka­n.

Mengulas lanjut Nageeb berkata, selain India yang kembali membeli minyak sawit Malaysia, langkah negara lain termasuk China yang mula membuka ekonomi mereka dijangka meningkatk­an permintaan terhadap komoditi itu sekali gus merangsang harga MSM pada masa akan datang.

Sementara itu Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun

Kecil Malaysia

(PKPKM), Datuk Aliasak Ambia menyifatka­n berita itu sebagai positif untuk pekebun kecil yang mampu meraih manfaat sekiranya harga komoditi itu kembali melonjak.

“Pada masa ini, harga MSM agak rendah menyebabka­n pendapatan pekebun kecil terjejas. Namun, dengan berita baik ini kita harapkan ia mampu meningkatk­an harga komiditi ini dan sekali gus menambahka­n lagi pendapatan pekebun kecil,” katanya.

Langkah kerajaan menurunkan duti eksport MSM untuk Jun ini kepada sifar berbanding 4.5 peratus menyebabka­n harga komoditi kita menjadi amat kompetitif sekali gus menyumbang kepada peningkata­n permintaan.

Nageeb Wahab, Ketua Eksekutif Persatuan Minyak Sawit Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia