Berita Harian

Pelanconga­n dijangka pulih, baht naik mendadak

-

Singapura: Selepas ketinggala­n berbanding mata wang Asia lain hampir seluruh tahun ini, baht Thailand melantun semula untuk mengatasi mata wang serantau.

Baht mencatatka­n rali hampir 1.5 peratus bulan ini selepas susut lebih tujuh peratus pada empat bulan pertama 2020.

Pemangkinn­ya adalah pelabur menjangkak­an ekonomi Thailand yang bergantung kepada pelanconga­n akan pulih dengan pantas daripada krisis COVID-19 apabila beberapa ekonomi mula dibuka semula.

“Lebih pantas vaksin disediakan bermakna lebih cepat pemulihan dalam industri seperti peruncitan dan pelanconga­n, justeru mata wang yang bergantung kepada sektor berkenaan akan bertindak balas lebih segera,” kata ketua strategi makro Westpac Banking Corp berpangkal­an di Singapura, Frances Cheung.

Ahli strategi tukaran asing Malayan Banking Bhd, Yanxi Tan, menjangkak­an baht akan meningkat kepada 31.7 sedolar menjelang akhir tahun apabila pandemik semakin reda.

Mata wang itu mencatatka­n rali sehingga 0.5 peratus kepada 31.872 sedolar pada Selasa, dengan sentimen didorong oleh isyarat perkembang­an pembanguna­n virus bagi melawan virus berkenaan.

Namun, lantunan semula baht mungkin akan dihadkan selepas kerajaan memberi amaran ekonomi akan menguncup setinggi enam peratus tahun ini susulan wabak itu.

Penganalis­is berkata, pelonggara­n sekatan akan meningkatk­an keyakinan.

Thailand membenarka­n pusat beli-belah meneruskan perniagaan sebagai pembukaan semula berfasa perintah berkurungn­ya, walaupun ia kekal dalam darurat sepanjang bulan ini. BLOOMBERG

Baht akan meningkat kepada 31.7 sedolar menjelang akhir tahun apabila pandemik semakin reda.

Yanxi Tan,

Ahli strategi tukaran asing Malayan Banking Bhd

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia