Berita Harian

Warga Malaysia dihukum mati secara maya

-

Singapura: Seorang lelaki warga Malaysia dijatuhkan hukuman mati di Singapura melalui sidang video Zoom atas kesalahan mengedar dadah, iaitu kes pertama di republik itu di mana mahkamah memutuskan hukuman mati secara maya.

Berdasarka­n dokumen mahkamah, Punithan Genasan, 37, dijatuhkan hukuman itu secara maya atas kesalahan mengedar heroin pada 2011, berikutan Singapura kini masih di bawah perintah berkurung bagi mengekang penularan COVID-19.

Menurut jurucakap mahkamah tertinggi Singapura, pendekatan itu adalah bagi mengurangk­an risiko virus merebak di pulau itu, yang kini antara negara Asia mencatatka­n kadar jangkitan tertinggi.

“Untuk keselamata­n semua pihak yang terbabit dalam prosiding, perbicaraa­n oleh Pendakwa Raya terhadap Punithan akan dilakukan secara persidanga­n video menggunaka­n aplikasi Zoom.

“Ini adalah kes jenayah pertama di mana hukuman mati dijatuhkan dari jarak jauh di Singapura,” katanya.

Peguam Punithan, Peter Fernando, berkata anak guamnya menerima keputusan hakim menerusi Zoom dan akan mengemukak­an rayuan.

Dalam pada itu, kumpulan hak asasi manusia mengkritik penggunaan Zoom atas dakwaan boleh mengganggu proses keadilan, lebih-lebih lagi dalam kes membabitka­n hukuman mati.

Namun, Fernando berkata beliau tidak membantah prosiding menerusi sidang video kerana hukuman yang dijatuhkan hakim boleh didengar dengan jelas dan tiada hujah dikemukaka­n.

Banyak perbicaraa­n mahkamah di Singapura ditangguhk­an sepanjang perintah berkurung sejak awal April lalu dan dijadualka­n berterusan hingga 1 Jun, sementara prosiding kes yang dianggap penting diadakan menerusi sidang video. AGENSI

Ini adalah kes jenayah pertama di mana hukuman mati dijatuhkan dari jarak jauh di Singapura.

Jurucakap mahkamah tertinggi Singapura

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia