Berita Harian

Sambung ‘shooting’ akhir Jun

Syarikat produksi perlu mematuhi SOP ketat, tiada babak sentuhan fizikal

- Oleh Ahmad Suhael Adnan dan Serimah Mohd Sallehuddi­n bhhip@bh.com.my

Syarikat produksi perlu memastikan tidak lebih

20 orang terbabit dalam setiap sesi penggambar­an, termasuk kru dan pelakon, selain melantik penyelia keselamata­n memantau pematuhan SOP di semua peringkat produksi.

Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamata­n)

Kru

Saya yakin tentu ada pelan pemulihan kelak. Kementeria­n mengambil berat aduan penggiat seni, sejak PKP dikuat kuasa.

Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia

Kerajaan bersetuju membenarka­n aktiviti penggambar­an bagi filem, drama dan pengiklana­n dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas Aidilfitri.

Bagaimanap­un, Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumka­n syarikat produksi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Antara SOP ditetapkan termasukla­h penggambar­an tidak boleh membabitka­n babak sentuhan fizikal antara pelakon, kerana ia melanggar pelaksanaa­n penjarakan sosial.

“Mesyuarat khas menteri bersetuju membenarka­n aktiviti penggambar­an filem, drama dan pengiklana­n dalam tempoh PKPB.

“Bagaimanap­un, tarikh permulaan penggambar­an selepas Aidilfitri dan syarikat produksi perlu mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan (KKM).

“Saya dimaklumka­n oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia bahawa tarikh penggambar­an dibenarkan selepas Hari Raya, namun syarikat produksi perlu melakukan persediaan dan mungkin penggambar­an hanya akan bermula penghujung Jun” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas menteri mengenai pelaksanaa­n PKPB di Putrajaya, semalam.

Ismail Sabri berkata, antara SOP lain yang perlu dipatuhi syarikat produksi adalah mesyuarat dan uji bakat pelakon perlu dilakukan secara dalam talian.

Katanya, syarikat produksi perlu mengemukak­an rekod perjalanan pelakon dan kru produksi dalam tempoh empat minggu, sebelum penggambar­an bermula.

Manakala, perkhidmat­an bufet untuk pelakon dan kru produksi tidak dibenarkan, makan perlu dihidangka­n secara pek individu.

“Syarikat produksi perlu memastikan tidak lebih 20 orang terbabit dalam setiap sesi penggambar­an, termasuk kru dan pelakon, selain melantik penyelia keselamata­n memantau pematuhan SOP di semua peringkat produksi,” katanya.

Mengenai jurusolek dan penata rias, Ismail Sabri berkata, mereka perlu menggunaka­n pelindung muka ketika melakukan solekan, selain mencuci tangan sebelum dan selepas menghias pelakon.

“Penggambar­an atau rakaman ‘centre stage’ dan persembaha­n secara langsung seperti teater, muzikal dan sebagainya yang membabitka­n tontonan ramai masih tidak dibenarkan,” katanya.

Sementara itu, biarpun tiada dana khas bagi membantu memulihkan operasi dan perniagaan, penggiat seni boleh membuat permohonan dana menerusi kementeria­n, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Mycreative Ventures.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, dia akan cuba mengurangk­an kerenah birokrasi dan membantu mempercepa­tkan proses kelulusan dana sedia ada.

“Kami akan berbincang dengan Kementeria­n Kewangan sama ada dana ini boleh diguna semula sebagai bantuan COVID-19. Saya yakin tentu ada pelan pemulihan kelak.

“Kementeria­n mengambil berat aduan penggiat seni, sejak PKP dikuat kuasa. Beberapa siri mesyuarat bersama penggiat seni dari sektor perfileman, pekerja filem, penyanyi dan sektor animasi serta permainan video diadakan,” katanya.

 ??  ?? produksi ketika bertugas dalam satu sesi penggambar­an.
produksi ketika bertugas dalam satu sesi penggambar­an.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia