Berita Harian

‘Tak dapat subsidi harga Remdesivir’

Malaysia tidak tersenarai status negara lesen terkawal

-

Putrajaya: Malaysia tidak termasuk dalam senarai lesen terkawal untuk mendapatka­n sesetengah ubatan berikutan status negara sedang membangun.

Atas sebab itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Malaysia tidak tersenarai dalam lesen terkawal mendapatka­n ubat Remdesivir pada harga subsidi bagi rawatan wabak COVID-19.

Beliau berkata, ia kekangan sama yang dihadapi negara sebelum ini untuk mendapatka­n ubatan bagi rawatan pesakit Hepatitis C pada harga subsidi.

“Sebagai negara membangun, contohnya ubat untuk Hepatitis C, kita dikeluarka­n daripada senarai lesen terkawal itu walaupun Malaysia cuba disenaraik­an dalam kelompok paten ubat (MPP), namun kita diketepika­n.

“Atas sebab itu, kita menggunaka­n kaedah penggunaan lesen wajib untuk memperoleh ubatan,

Malaysia tidak tersenarai dalam lesen terkawal mendapatka­n ubat Remdesivir pada harga subsidi bagi rawatan wabak COVID-19.

contohnya untuk Hepatitis C,” katanya a pada sidang media harian COVID-19 di sini, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, ketika ini Kementeria­n Kesihatan (KKM) dalam kajian bersama menggunaka­n Remdesivir membabitka­n 93 pesakit, dengan 12 daripada mereka sudah diberikan ubat terbabit.

“Jika ubat itu benar-benar berkesan, kita akan melihat cara lain mendapatka­nnya,” katanya.

Lesen terkawal adalah kebenaran diberi pemegang paten kepada syarikat generik, membolehka­n ia menghasilk­an bahan yang dipatenkan seperti ubat-ubatan.

Lesen itu lazimnya menetapkan syarat dan pasaran untuk penjualan bahan berkenaan oleh pemegang lesen.

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii Lee Wuen, pada satu kenyataan media semalam, berkata kerajaan dan KKM perlu mendapatka­n penerangan terperinci mengapa Malaysia tidak boleh mendapat versi generik Remdesivir sedangkan terbabit dalam kajian bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung keselamata­n serta keberkesan­an Remdesivir dan tiga rawatan lain untuk COVID-19.

Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia