Berita Harian

Dana PRIHATIN kepada pelajar sudah disalur ke IPT

-

IPT bertanggun­gjawab agihkan dana itu kepada pelajar layak, dengan pembayaran dibuat melalui akaun bank milik pelajar sahaja.

Kenyataan Kementeria­n Pengajian Tinggi

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) memaklumka­n dana bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) kepada pelajar sudah disalurkan melalui institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing.

Melalui satu kenyataan semalam, kementeria­n itu berkata, IPT bertanggun­gjawab mengagihka­n dana berkenaan kepada pelajar yang layak, dengan pembayaran dibuat melalui akaun bank milik pelajar sahaja.

“Pada 27 Mac lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumka­n Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) meliputi bantuan, sekali gus sebanyak RM200 kepada setiap pelajar IPT di bawah seliaan KPT.

“Bantuan ini diberikan kepada pelajar berstatus warganegar­a Malaysia dan aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 31 Mac,” katanya.

KPT juga menyeru pelajar yang masih belum menerima wang bantuan itu untuk menghubung­i Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik atau Unit Hal Ehwal Pelajar atau Unit Pembanguna­n Pelajar di IPT masing-masing dengan kadar segera.

“Kerajaan berharap bantuan ini sedikit sebanyak meringanka­n beban yang dihadapi pelajar IPT dalam tempoh PKP,” katanya.

Bagi senarai dan nombor telefon IPT, sila layari laman web https://bit.ly/2ygnpkk untuk maklumat lanjut.

Sementara itu, Kementeria­n Luar dalam kenyataan semalam, berkata Kerajaan United Kingdom (UK) bersetuju melanjutka­n visa pelajar Malaysia yang tamat menuntut di negara itu, tetapi masih terkandas tidak dapat pulang ke Malaysia berikutan penularan COVID-19.

Katanya, persetujua­n dibuat Kerajaan UK itu membabitka­n visa pelajar yang tamat sejak 24 Januari lalu dilanjutka­n sehingga 31 Mei ini.

Pengumuman itu dibuat selepas kumpulan pelajar berkenaan tidak dapat keluar meninggalk­an negara berkenaan selepas pemberhent­ian sementara syarikat penerbanga­n negara itu ke luar negara.

Keputusan sama ada tarikh itu dilanjutka­n lagi selepas 31 Mei ini hanya dapat diketahui menjelang tarikh akhir berkenaan.

Baru-baru ini, British Airways membatalka­n semua jadual penerbanga­n ke Kuala Lumpur sehingga Jun, sekali gus menyebabka­n kumpulan pelajar itu terkandas untuk pulang ke tanah air.

Beberapa pelajar yang terkesan dengan perkara ini kemudian mengemukak­an aduan bertulis kepada Malawakil di London dan Wisma Putra sedang berusaha mendapatka­n tiket penerbanga­n pulang.

Setakat ini, hanya penerbanga­n Qatar Airways masih menawarkan penerbanga­n dari London ke Kuala Lumpur dan transit di Lapangan Terbang Antarabang­sa, Hamad, Doha, Qatar, manakala Malaysian Airlines dijangka menyambung operasi penerbanga­n ke London sekitar awal Julai depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia