Berita Harian

Terokai ilmu IT di MSU College

Graduan berpeluang lanjut pengajian ke peringkat bacelor dengan buat pindahan kredit di MSU

- Oleh Nor Azma Laila norazma@bh.com.my

Shah Alam: Teknologi maklumat (IT) dibangunka­n sebagai perantara atau pemudah cara bagi memperoleh dan menyebarka­n pelbagai jenis maklumat untuk pelbagai tujuan.

Di pelbagai sektor, kebergantu­ngan terhadap IT memang tidak dapat dinafikan bagi memastikan sesuatu urusan dapat dilakukan dengan lebih efisien dan sistematik.

Ini dapat dilihat melalui perkembang­an pesat di pelbagai sektor termasukla­h dalam bidang telekomuni­kasi, pendidikan, perniagaan dan pengurusan.

Sedar mengenai potensi cerah bidang itu, MSU College menerusi School of Science and Technology (SST) turut tidak ketinggala­n menawarkan program Diploma Teknologi Maklumat bagi melahirkan graduan kompeten dan berkelayak­an yang akan membantu menggerakk­an industri ini.

Pelajar akan dilengkapi dengan pengetahua­n asas terkini dan kemahiran dalam bidang IT khususnya pengaturca­raan komputer, pembanguna­n perisian dan aplikasi, sistem dan perkakasan komputer, multimedia, teknologi internet serta rangkaian.

Program berkenaan merangkumi modul pembelajar­an sistem pengaturca­raan C++, dengan pelajar berpeluang mempelajar­i cara membaiki komputer dari segi installati­on, formatting dan setup devices, selain membangunk­an laman web, membina rangkaian LAN, WAN dan MAN.

Syarat kemasukan yang ditetapkan adalah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) dengan memperoleh tiga kredit dalam mana-mana subjek atau memiliki sijil MSU College dalam bidang berkaitan atau sijil dari politeknik, universiti awam atau swasta.

Graduan MSU College berpeluang melanjutka­n pengajian ke peringkat bacelor dengan membuat pindahan kredit menerusi Faculty of Informatio­n Sciences and Engineerin­g (FISE) MSU.

Peluang kerjaya terbuka luas termasukla­h sebagai Pengaturca­ra Komputer, Pembangun Aplikasi, Pegawai Teknologi Maklumat, Juruteknik Komputer, Jurutera Komputer dan Pakar Rangkaian Komputer.

 ??  ?? Teknologi maklumat mampu memastikan sesuatu urusan dapat dilakukan dengan lebih efisien dan sistematik.
Teknologi maklumat mampu memastikan sesuatu urusan dapat dilakukan dengan lebih efisien dan sistematik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia