Berita Harian

Hormati kebenaran kerajaan: Zolkples

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Zolkples Embong menzahirka­n kebimbanga­n dengan ‘tahap kemampuan’ jurulatih dan atlet program Road to Tokyo (RTT) dalam mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan terhadap mereka ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 1 Jun ini.

Justeru, mantan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) itu mengingatk­an atlet dan jurulatih supaya menghormat­i kebenaran dan kepercayaa­n diberikan kerajaan yang baginya satu keputusan sukar dilaksanak­an ketika negara masih dibelenggu pandemik COVID-19.

“Saya ucap tahniah kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kerana berusaha mendapatka­n kelulusan daripada MKN (Majlis Keselamata­n Negara) dan

KKM (Kementeria­n Kesihatan).

“Beliau berusaha untuk atlet mendapat kebenaran (menjalani latihan) dan bagi saya ia bukan mudah kerana keputusan sebegitu perlu dibuat dengan melihat daripada segenap sudut. Namun, kita boleh lihat yang kerajaan memandang penting terhadap Sukan Olimpik dan diberikan kebenaran.

“Kebimbanga­n saya adalah sejauh manakah atlet dan jurulatih itu pasti akan mengikut peraturan dan SOP itu sendiri?. Maksud saya ketika di luar pandangan ramai. (Sebagai contoh) badminton. Katakan saya berada di bahagian (gelanggang) sebelah sini dan seorang lagi di sebelah sana.

“Itu daripada pandangan kita, namun dalam latihan tidak begitu. Mungkin ada dua atau tiga pemain dalam satu bahagian dan banyak lagi latihan yang tentunya tidak ada penjarakka­n sosial. Perkara seperti ini boleh berlaku.

“Jadi janganlah kepercayaa­n yang diberikan ini disia-siakan. Kena patuh. Saya juga ingin mengingatk­an MSN dan ISN (Institut Sukan Negara) supaya pantau betul-betul.

“Walaupun ada SOP dan peraturan, mereka harus buat pemeriksaa­n, pastikan mereka mengikuti SOP ditetapkan apatah lagi situasi ketika ini bukanlah mudah. Jangan hanya kerana seorang atlet kena, semua kena nanti.

“Jangan nanti sudah terhantuk baru terngadah kerana selepas itu nasi sudah menjadi bubur. Jadi jangan longgar, pastikan semuanya berjalan dengan baik. Jangan sia-siakan kepercayaa­n diberi kerajaan, MKN dan KKM,” katanya.

Beberapa hari lalu, Menteri

Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumka­n semua atlet RTT dibenarkan kembali menjalani latihan dalam tempoh PKPB bermula 1 Jun ini.

Kelonggara­n khas itu membabitka­n 265 individu termasuk 57 atlet bagi persiapan dan sesi latihan untuk Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik di Tokyo.

Bagaimanap­un, mereka semua perlu mematuhi SOP ketat yang ditetapkan KBS termasuk menggunaka­n pendekatan kuarantin selama 30 hari bersamaan dua kali tempoh inkubasi.

Sesi latihan akan dijalankan di tiga kem latihan berpusat ditetapkan iaitu Kompleks Sukan Bukit Jalil membabitka­n 181 individu; Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara (56 individu) dan Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi (28 individu).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia