Berita Harian

MAEPS jadi hospital untuk PATI positif COVID-19

110 positif di Depoh Tahanan Imigresen sudah dipindahka­n

-

Kuala Lumpur: Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), kini dikhususka­n untuk pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dikesan positif wabak itu di Depoh Tahanan Imigresen (DTI).

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata semua rakyat Malaysia yang sebelum ini dirawat di pusat itu sudah dipindahka­n ke Hospital Sungai Buloh.

Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di MAEPS itu sudah dipasang dengan kawat berduri dan dikawal ketat anggota tentera dan polis. Tindakan itu bertujuan memastikan tiada PATI yang dapat melarikan diri ketika dirawat di sana.

“Semua PATI dari DTI Bukit Jalil, Semenyih dan Sepang yang didapati positif COVID-19 terus dihantar ke Pusat Kuarantin dan

Rawatan di MAEPS, Serdang yang kini dijadikan pusat kuarantin khusus untuk PATI.

“Kita asingkan mereka daripada rakan mereka yang lain di depoh itu untuk pastikan penularan wabak ini tidak terus merebak sama ada dalam kalangan tahanan atau pegawai bertugas di DTI.

“Ketika ini, kita sedang laksanakan ujian saringan menyeluruh di ketiga-tiga DTI membabitka­n semua tahanan dan pegawai bertugas serta mereka yang ada kaitan dengan DTI itu seperti pembekal makanan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas menteri mengenai pelaksanaa­n PKPB di Putrajaya, semalam.

Ismail Sabri memaklumka­n, seramai 4,342 individu kini ditahan di ketiga-tiga DTI, membabitka­n 1,654 di Semenyih, 1,334 di Bukit Jalil dan 1,358 di Sepang.

Semua PATI dari DTI Bukit Jalil, Semenyih dan Sepang yang didapati positif COVID-19 terus dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan di MAEPS, Serdang.

Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamata­n)

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan mengingatk­an orang ramai supaya tidak bimbang jika berlaku peningkata­n jangkitan dalam kalangan PATI di DTI kerana risiko penularann­ya dalam kalangan masyarakat awam adalah hampir tiada.

“Rakyat tak perlu bimbang kerana mereka sudah terkurung dalam kawasan DTI dan peluang untuk ia merebak di luar kawasan itu adalah hampir tiada kerana semua pihak dalam DTI sudah menjalani ujian saringan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata 207 daripada 13,929 pendatang tanpa izin yang ditahan di tiga DTI di Semenanjun­g didapati positif COVID-19.

Daripada jumlah itu, 110 sudah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di MAEPS untuk rawatan.

“Baki pendatang yang positif jangkitan itu masih lagi berada di tiga DTI iaitu di Bukit Jalil, KLIA dan Semenyih,” katanya selepas mengiringi lawatan Ismail Sabri ke pusat kuarantin berkenaan, semalam.

Yang turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Selain itu, katanya, 238 pegawai imigresen yang bertugas di tiga depoh tahanan terbabit dikenakan perintah kuarantin selama 14 hari dan tugas kawalan diambil alih pegawai imigresen negeri yang berkaitan.

Khairul Dzaimee berkata, setakat ini 14,496 pendatang tanpa izin di depoh tahanan negara ini termasuk di Sabah dan Sara wak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia