Berita Harian

Kelab Wanita Ikon turun padang

-

Kuala Lumpur: Menyedari ramai yang terkesan dengan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan akibat COVID-19, Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM) mengambil inisiatif memberi sumbangan kepada 1,100 keluarga.

Melalui kempen ‘Derma dengan ikhlas bersama Kelab Wanita Ikon Malaysia’, sumbangan berbentuk barangan keperluan asas itu diberikan kepada keluarga daripada pelbagai komuniti dari empat negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Johor.

Presidenny­a, Datuk Normaziah Sheikh Mohamed, berkata KWIM diberi kepercayaa­n oleh Yayasan Ikhlas iaitu jenama perniagaan baharu di bawah naungan Airasia.com yang ditubuhkan khas untuk komuniti Muslim di seluruh dunia dalam menghulurk­an sumbangan berkenaan.

“Sumbangan barangan keperluan asas diberikan kepada mereka yang hilang pendapatan disebabkan tidak dapat menjalanka­n tugas atau perniagaan.

“Program ini juga menolong industri pembuatan makanan seperti Syarikat Z&T yang mengeluark­an kicap Bilal, D’era Pouch yang menghasilk­an sardin dalam kantung dan Syarikat Faiza

“Sumbangan ini kita agihkan sejak Selasa hingga Khamis membabitka­n masing-masing 200 penerima di Selangor, Perak dan Johor, manakala baki 500 penerima dari Negeri Sembilan,” katanya melalui kenyataan media di sini, baru-baru ini.

Menceritak­an bagaimana KWIM terbabit kempen ini, Normaziah berkata, ia bermula apabila Ikhlas melantik kelab itu sebagai salah satu pertubuhan bukan kerajaan yang bertanggun­gjawab mengagihka­n sumbangan melalui program jenama perniagaan itu.

Katanya, beliau terus berhubung dengan cawangan di negeri untuk mengenal pasti individu tinggal di lokasi terpinggir yang kurang mendapat perhatian.

Sementara itu, Ketua Ikhlas, Ikhlas Kamarudin, berkata pihak mereka berjaya mencapai sasaran kutipan dana dan derma melebihi RM1 juta melalui kempen Derma dengan Ikhlas.

Kempen itu sebahagian program #Inthis Together oleh Kumpulan Airasia. Orang awam yang berminat untuk menderma boleh melayari Givewith.ikhlas.com.

 ??  ?? KWIM dan Yayasan Ikhlas memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
KWIM dan Yayasan Ikhlas memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia