Berita Harian

Makhluk legenda Jepun ‘harapan’ tamatkan wabak

-

Tokyo: Watak ikan duyung berparuh dan badan bersisik dalam legenda Jepun dikenali sebagai Amabie, muncul kembali untuk memikat hati dan memberikan harapan warga Negara Matahari Terbit yang turut dilanda COVID-19.

Beberapa minggu kebelakang­an ini, raksasa itu tidak disangka-sangka menjadi maskot harapan untuk menamatkan pandemik selepas menjadi trending di Twitter, sekali gus memberikan ilham daripada seni kulinari kek hingga kuku.

Kebangkita­n semula raksasa itu bermula awal Mac lalu apabila Perpustaka­an Universiti Kyoto memuat naik lukisan pada 1846 mengenai makhluk yang terapung di laut dan diiringi teks yang menerangka­n kuasanya melawan jangkitan.

‘Bintang’ media sosial itu asalnya muncul di hadapan seorang samurai di selatan Kumamoto untuk memberikan amaran mengenai penularan wabak dan mengarah untuk melukiskan gambarnya, sebelum menunjukka­n lukisan itu kepada rakyat untuk melindungi mereka.

Hantaran berkenaan menjadi tular dengan pantas, sekali gus mencetuska­n Amabiechal­lenge dengan pelukis amatur dan seniman memuat naik versi masing-masing.

Legenda yang lama terkunci kemas itu, turut mencetuska­n pelbagai kandungan kreatif termasuk hidangan udon yang menampilka­n sosej ikan dalam bentuk makhluk itu, manakala mi pula menjadi rambutnya.

Ia turut muncul dalam bentuk bento dengan tubuh dan paruhnya diperbuat daripada daging, manakala rambutnya pula daripada telur.

Amabie ialah sebahagian watak dewa legenda Jepun yang dipanggil sebagai yokai.

Sebahagian besar daripadany­a sudah dilupakan tetapi ada yang masih ‘hidup’ dalam bentuk maskot pada zaman moden seperti raksasa sungai diinspiras­i daripada kura-kura, Kappa yang kini sinonim dengan dapur jalanan terkenal di Tokyo.

Kebangkita­n Amabie mengejutka­n sebahagian pakar yokai termasuk Masanobu Kagawa dari Muzium Sejarah Hyogo.

“Amabie bukan yokai tertua dalam sejarah Jepun yang memberi amaran mengenai epidemik. Oleh itu, ia tidak penting kepada penyelidik,” katanya kepada AFP.

Watak legenda yang lebih terkenal termasuk Jinja-hime (puteri kuil) yang berwajah wanita tetapi berbadan naga.

Namun, tiada satu pun yang berjaya menarik perhatian umum seperti Amabie.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Pelbagai versi ikan duyung berparuh dan badan bersisik dikenali sebagai Amabie yang dipercayai dapat melawan penyakit.
Pelbagai versi ikan duyung berparuh dan badan bersisik dikenali sebagai Amabie yang dipercayai dapat melawan penyakit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia