Berita Harian

Tun M, Mukhriz, Syed Saddiq, 2 lagi digugurkan keahlian BERSATU

Keahlian parti digugurkan atas alasan duduk di bangku pembangkan­g di Dewan Rakyat

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi dan Dziyaul Afnan Abdul Rahman bhnews@bh.com.my

Apabila mana-mana Ahli Parlimen BERSATU memilih untuk menyertai kelompok yang bukan bersama parti sendiri di dalam Parlimen, maka secara automatik keahlian mereka gugur dan ia bukan satu perkara mengejutka­n.

Wan Saiful Wan Jan, Ahli MPT BERSATU

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat lagi digugurkan keahlian mereka daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Empat yang lain ialah Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.

Berdasarka­n surat yang diedarkan kepada media, keahlian kelima-lima mereka digugurkan atas alasan duduk di bangku pembangkan­g ketika persidanga­n pembukaan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Surat makluman mengenai perkara berkenaan yang bertarikh semalam, ditandatan­gani Setiausaha Kerja BERSATU, Muhammad Suhaimi Yahya.

“Maka dengan ini dimaklumka­n bahawa menurut Fasal 10.2.2 dan Fasal 10.2.3 Perlembaga­an BERSATU, keahlian YB Tun dalam BERSATU adalah terhenti serta-merta,”demikian menurut surat atas nama Dr Mahathir dan empat yang lain itu.

BERSATU berpecah selepas ‘Langkah Sheraton’ yang menyaksika­n Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku presiden, mengetuai majoriti pemimpinny­a membentuk Perikatan Nasional (PN).

Di ambang krisis berkenaan, Dr Mahathir turut meletak surat jawatan sebagai pengerusi parti, namun ketika itu ditolak oleh MPT BERSATU.

Bagaimanap­un pada 19 Mei lalu, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengesahka­n bahawa peletakan jawatan beliau sebagai pengerusi BERSATU pada 24 Februari lalu adalah sah.

Sehubungan itu, dalam satu surat bertarikh 5 Mei dikeluarka­n agensi itu, ROS menjelaska­n bahawa pemangkuan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yasin atas jawatan pengerusi parti itu juga sah sehingga diadakan semula pemilihan pengerusi.

Dr Mahathir juga sebelum ini mengemukak­an usul tidak percaya terhadap Muhyiddin dan duduk di bangku pembangkan­g bersama empat Ahli Parlimen BERSATU yang lain semasa persidanga­n Dewan Rakyat, 18 Mei lalu.

Sementara itu, Ahli MPT BERSATU, Wan Saiful Wan Jan dalam satu kenyataan semalam, menjelaska­n penggugura­n keahlian lima pemimpin itu adalah mengikut fasal yang jelas termaktub dalam perlembaga­an parti dan tidak timbul soal pemecatan seperti dilaporkan.

“Fasal 10.2 Perlembaga­an BERSATU adalah jelas bahawa ‘Keahlian seseorang ahli terhenti secara serta merta apabila’ ... ‘menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain.’

“Apabila mana-mana Ahli Parlimen BERSATU memilih untuk menyertai kelompok yang bukan bersama parti sendiri di dalam Parlimen, maka secara automatik keahlian mereka gugur dan ia bukan satu perkara mengejutka­n,” katanya.

Beliau menyifatka­n Dr Mahathir bersama empat pemimpin itu ‘keluar’ dari BERSATU hasil tindakan sendiri.

“Sebagai contoh, apabila seseorang itu dengan sendiri berjalan keluar dari rumah, dia bukan dikeluarka­n dari rumah itu, tetapi tindakanny­a yang menyebabka­n dia berada di luar rumah. Itulah yang berlaku dalam kes ini,” katanya.

Mengulas insiden di Parlimen pada 18 Mei lalu, Wan Saiful menegaskan bahawa tindakan lima Ahli Parlimen itu bertentang­an dengan amalan mana-mana ahli politik.

“Tidak ada satu parti pun di muka bumi ini yang membenarka­n Ahli Parlimenny­a berada di kerusi yang berbeza dari kedudukan parti di dalam Parlimen. Tolong beritahu parti mana di dunia ini yang pernah benarkan ia berlaku?

“Tiada masalah untuk berbeza pandangan tetapi mestilah (tetap berada) dari blok parti sendiri, bukan dari luar (blok parti),” katanya meminta semua ahli BERSATU

kembali memperkuku­hkan parti dan menghargai segala sumbangan semua pemimpin berkenaan sepanjang berada dalam parti tanpa menafikan jasa mereka.

Timbalan Ketua ARMADA, Mohd Aizad Roslan dalam satu kenyataan berkata, Syed Saddiq memaklumka­n kepadanya belum menerima apa-apa surat atau makluman rasmi berkenaan perkara terbabit.

“Saya berhubung dengan Syed Saddiq dan setakat jam 9.10 malam tadi, beliau menegaskan tidak menerima apa-apa surat atau makluman rasmi mengenai perkara ini.

“Secara peribadi, saya juga tidak dapat apa-apa makluman mengenai mana-mana mesyuarat oleh BERSATU untuk membincang­kan status dan kedudukan Syed Saddiq dalam parti. Beliau juga tidak pernah dipanggil oleh Lembaga Disiplin BERSATU,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, bekas Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Marzuki Yahya ketika dihubungi BH semalam, memberitah­u beliau maklum mengenai surat berkenaan.

Bagaimanap­un, Marzuki mempertika­ikan kandungan surat yang disifatkan tidak menepati perlembaga­an parti dan tidak sah, sekali gus semua individu yang dinamakan dianggap masih kekal sebagai ahli BERSATU.

 ??  ??
 ??  ?? Dr Mahathir Mohamad
Dr Mahathir Mohamad
 ??  ?? Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir
 ??  ?? Dr Maszlee Malik
Dr Maszlee Malik
 ??  ?? Amiruddin Hamzah
Amiruddin Hamzah
 ??  ?? Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia