Berita Harian

Kerajaan jangka lebih banyak perniagaan dibuka semula minggu depan

EAC dapatkan data masa nyata bagi pelan jangka pendek, sederhana, panjang negara

-

Kuala Lumpur: Kerajaan menjangkak­an lebih banyak perniagaan akan dibuka semula minggu depan selepas sambutan Aidilfitri dan menyambung semula tahap produktivi­ti penuh mereka dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata ini akan memastikan kerja itu kekal kukuh dan perniagaan dapat beroperasi seperti biasa, sekali gus dapat menstabilk­an ekonomi.

Beliau berkata Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) bekerjasam­a rapat dengan semua pihak berkepenti­ngan untuk mendapatka­n maklum balas dan data masa nyata bagi pelan jangka pendek, sederhana dan panjang negara.

“Kami perlu memastikan perniagaan dapat memberi maklum balas pantas berhubung keputusan yang dibuat oleh kerajaan,” katanya dalam sesi webinar bertajuk “Mengembang­kan Perniagaan Dalam Arus Gangguan (Growing Business Against the Tides of Disruption­s) anjuran Le Nouveaupro Sdn Bhd, semalam.

Mustapa berkata, kerajaan mengharung­i cabaran dan memberi tumpuan untuk menyelesai­kan masalah menerusi interaksi berkala dengan pelbagai pihak berkepenti­ngan sambil memastikan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan domestik terus berkembang selain meningkatk­an keyakinan pengguna.

Beliau berkata, pelan jangka panjang negara dijangka diumumkan pada tiga hingga empat bulan akan datang berikutan agensi kerajaan pada masa ini sedang berusaha melaksanak­an langkah menangani cabaran yang dihadapi oleh pelbagai sektor ekonomi.

Sementara itu, beliau berkata EAC sebagai badan pembuat keputusan ketika ini mengakui bahawa negara sedang dalam kemeleseta­n dan memerlukan pembaharua­n struktur membabitka­n sektor-sektor tertentu.

“Memandangk­an kita dalam realiti baharu, kita mendapati sebahagian daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) telah memberikan maklum balas dengan menjadi digital sepenuhnya.

“Kita perlu mempertimb­angkan perubahan ini dan menyertaka­nnya dalam pelan jangka panjang kita,” katanya. BERNAMA

Kami perlu memastikan perniagaan dapat memberi maklum balas pantas berhubung keputusan dibuat oleh kerajaan.

Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia