Berita Harian

Kadar jangkitan baharu 9 Jun jadi penentu langkah kawalan COVID-19 seterusnya

Trend penularan COVID-19 kalangan masyarakat setempat makin berkuranga­n sejak PKPB dikuat kuasa

- Oleh Zanariah Abd Mutalib, Luqman Arif Abdul Karim dan Faris Fuad bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Jumlah kes positif baharu COVID-19 semalam mencatat angka paling rendah dengan 10 kes, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuas­akan mulai 18 Mac lalu.

Kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif terkini 7,629 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjan­gkitan COVID-19 adalah 1,345 kes.

Di samping itu, tiada kes kematian dicatatkan sejak seminggu lalu menjadikan jumlah kumulatif maut kekal pada 115 kes atau 1.51 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat 86 kes pulih dan dibenarkan discaj semalam.

Beliau berkata, dengan pertambaha­n kes pulih itu, ia menjadikan jumlahseba­nyak 6,169 kes atau 80.9 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes.

“Setakat dilaporkan hari ini (semalam), hanya lapan kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan empat daripadany­a memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media harian perkembang­an COVID-19, di sini semalam.

Dr Noor Hisham berkata, 1,189 kes positif COVID-19 direkodkan sepanjang tempoh penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sejak 4 Mei hingga kelmarin. Daripada jumlah itu, 270 kes atau 22.7 peratus membabitka­n warga tempatan. Selain itu, beliau berkata, 919 kes atau 77.3 peratus membabitka­n warga asing, termasuk 383 di tiga Depoh Tahanan Imigresen (DTI).

“Sejak PKPB bermula, trend penularan COVID-19 dalam kalangan masyarakat setempat didapati semakin berkuranga­n daripada minggu sebelumnya.

“Ini tidak mungkin dicapai tanpa kerjasama dan pematuhan orang ramai kepada nasihat, SOP (prosedur operasi standard) kerajaan serta aktiviti penguatkua­saan pelbagai agensi.

“Justeru, kita ingin mengucapka­n syabas dan terima kasih kepada pihak industri serta orang ramai kerana sudi memikul beban bersama kerajaan demi kepentinga­n komuniti dan negara,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia