Berita Harian

Kempen galak pemimpin komuniti didik masyarakat patuh SOP

-

Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kempen menggalakk­an pemimpin komuniti memperkasa komuniti masing-masing untuk mengambil tanggungja­wab melindungi dan memelihara komuniti daripada jangkitan COVID-19, antara perkara utama dibincangk­annya dengan Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi sidang video, semalam.

Perdana Menteri berkata, kempen ini dapat mendidik masyarakat lebih bertanggun­gjawab dalam memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dipatuhi dan akhirnya akan meringanka­n beban petugas barisan hadapan.

Beliau berkata, langkah itu juga sangat penting dalam merangka exit plan bagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang juga kriteria terakhir mesti dipenuhi sebelum PKPB boleh ditamatkan.

“Alhamdulil­lah, tengah hari tadi (semalam) saya berpeluang mengadakan sidang video bersama Ismail Sabri dan Dr Noor Hisham bagi mendapatka­n perkembang­an terkini situasi COVID-19 di Malaysia.

“Dalam interaksi saya bersama mereka selama 40 minit itu, beberapa perkara utama dibincangk­an. Kami turut berbincang mengenai proses penghantar­an balik pendatang asing tanpa izin (PATI) yang disahkan negatif COVID-19.

“Saya mengarahka­n proses itu dipercepat­kan bagi mengurangk­an risiko penularan semula jangkitan COVID-19 dalam kalangan PATI yang berada di depoh tahanan Imigresen,” katanya dalam kenyataan pada laman Facebookny­a,

semalam.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumka­n, Muhyiddin diarah menjalani kuarantin selama 14 hari di kediamanny­a bermula Jumaat lalu.

Tindakan itu diambil selepas seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca Kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada minggu lalu, disahkan positif COVID- 19.

Susulan itu, Perdana Menteri menjalani ujian saringan COVID-19 dan disahkan negatif, namun perlu menjalani kuarantin di rumah.

Muhyiddin berkata, secara keseluruha­nnya, beliau berpuas hati dengan pencapaian usaha memerangi COVID-19 dan percaya, jika seluruh masyarakat bekerjasam­a dan mengambil tanggungja­wab menjaga komuniti masing-masing, negara akan berjaya mengakhiri penularan wabak COVID-19.

“Ada mendakwa saya berada di Singapura menjalani rawatan kesihatan, tetapi ia tidak benar sama sekali. Saya sedang menjalani kuarantin di rumah di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

“Namun dalam keadaan negara masih berperang melawan wabak COVID-19, saya akan pastikan perbincang­an merancang strategi melawan COVID-19 mesti diteruskan,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Perdana Menteri masih memantau perkembang­an situasi COVID-19 walaupun sedang menjalani kuarantin di rumah.

Katanya, sesi sidang video diadakan bersama Perdana Menteri sejurus Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pagi semalam.

“Biasanya laporan saya akan dibuat pada mesyuarat khas Majlis Keselamata­n Negara (MKN) yang dipengerus­ikan Perdana Menteri.

“Oleh kerana, Perdana Menteri dikuaranti­n, saya bersama Dr Noor Hisham membuat makluman dan taklimat kepada beliau melalui sidang video lebih setengah jam,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Muhyiddin ketika sidang video bersama Ismail Sabri dan Dr Noor Hisham di rumahnya di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto BERNAMA) Muhyiddin ketika sidang video bersama Ismail Sabri dan Dr Noor Hisham di rumahnya di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia