Berita Harian

64 kompaun ingkar ziarah Aidilfitri

Op Benteng tahan 327 PATI, 41 tekong

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman dan Mohd Iskandar Ibrahim bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Polis mengeluark­an 64 kompaun kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membabitka­n kesalahan ziarah Aidilfitri, kelmarin.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ziarah Aidilfitri hanya dibenarkan pada hari raya pertama dan menjadi kesalahan jika aktiviti itu diteruskan pada hari berikutnya.

“Semalam (kelmarin), polis mengeluark­an 728 kompaun atas kesalahan ingkar PKPB. Daripada 473 kompaun di balai polis, 64 daripadany­a atas kesalahan ziarah Aidilfitri

“Ziarah Aidilfitri hanya dibenarkan pada hari raya pertama, sedangkan hari raya kedua dan seterusnya tidak dibenarkan,” katanya pada sidang media harian PKPB di sini, semalam.

Mengenai pendatang asing tanpa izin (PATI), Ismail Sabri berkata, seramai 327 PATI dan 41 tekong ditahan selepas memasuki negara ini secara haram menerusi Op Benteng setakat ini.

Beliau berkata, pihak berkuasa turut menahan tujuh individu disyaki sebagai penyeludup serta merampas tujuh bot.

“Pihak berkuasa juga mengusir 86 PATI, tiga tekong dan tiga kapal yang cuba memasuki sempadan perairan negara secara haram.

“Kerajaan memandang serius kemasukan PATI menggunaka­n lorong tikus bagi mengelak wujudnya kluster import membabitka­n mereka,” katanya.

Ismail Sabri berkata, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram.

Katanya, agensi penguat kuasa akan terus mengetatka­n kawalan di sempadan negara khususnya di laluan tikus.

“Op Benteng dilaksanak­an secara bersepadu oleh pelbagai agensi mengawal ketat sempadan negara daripada dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan, selain menyekat penularan COVID-19,” katanya.

Ismail Sabri berkata, seramai 4,399 PATI yang ditahan di tiga depoh tahanan Imigresen di Bukit Jalil, Semenyih dan Sepang selesai menjalani ujian saringan COVID-19.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 354 orang positif virus berkenaan setakat ini.

“Seramai 13 lagi PATI masih menunggu hasil laporan saringan terbabit. Semua yang positif sudah dihantar ke pusat kuarantin dan rawatan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

“Selain tahanan PATI, seramai 353 pegawai dan kakitangan berkaitan disaring. Daripada jumlah itu, seorang pegawai disahkan positif COVID-19,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Anggota polis memeriksa surat kebenaran merentas negeri penumpang yang turun dari komuter di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Butterwort­h, semalam.
(Foto BERNAMA) Anggota polis memeriksa surat kebenaran merentas negeri penumpang yang turun dari komuter di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Butterwort­h, semalam.
 ??  ?? Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia