Berita Harian

Malaysia rayu negara lain contohi Nepal, Indonesia, Bangladesh

-

Putrajaya: Malaysia merayu negara lain supaya mencontohi Indonesia, Nepal dan Bangladesh yang bersetuju menghantar pulang rakyat mereka selepas disahkan negatif COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Wisma Putra sudah menghantar nota rasmi kepada pejabat kedutaan yang rakyat mereka masih berada di depoh tahanan imigresen di negara ini bagi tujuan itu.

“Kerajaan berterima kasih kepada Indonesia, Nepal dan Bangladesh di atas persetujua­n dengan cadangan menghantar pulang rakyat mereka berstatus negatif (COVID-19).

“Kementeria­n Luar juga sudah diminta berbincang dengan rakan sejawat mereka mengenai proses penghantar­an pulang rakyat negara berkaitan.

“Saya berharap kedutaan negara lain akan mengikut langkah Indonesia, Nepal dan Bangladesh untuk menghantar pulang rakyat mereka,” katanya, semalam.

Mengenai warga asing yang visa lawatan sudah tamat tempoh sah, Ismail Sabri berkata, kerajaan tidak akan mengambil tindakan ketika PKPB terhadap mereka yang masih berada di negara ini.

Beliau berkata, mereka dibenarkan pulang ke negara asal dengan hanya perlu menunjukka­n tiket penerbanga­n pulang kepada pihak berkuasa lapangan terbang.

Katanya, bagi warga asing yang visa mereka sudah tamat tempoh tetapi berhasrat tinggal lebih lama di negara ini, mereka perlu membuat permohonan untuk mendapatka­n tarikh janji temu dengan Jabatan Imigresen bagi memperbaha­rui visa.

“Kita tahu sewaktu COVID-19, Jabatan Imigresen ditutup. Kalau mereka mahu pulang ada dua pilihan. Pertama, apabila mereka sampai ke lapangan terbang, hanya perlu tunjuk tiket penerbanga­n pulang dan mereka dibenarkan,” katanya.

“Kedua kalau warga asing berkenaan masih ingin tinggal lebih lama tetapi visa sudah tamat tempoh dan hendak memperbaha­ruinya, mereka perlu buat janji temu dengan Jabatan Imigresen secara dalam talian.

“Permohonan itu bukan untuk memperbaha­rui visa, tetapi bagi mendapatka­n janji temu supaya Jabatan Imigresen boleh tetapkan tarikh untuk mereka datang (perbaharui visa),” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia