Berita Harian

Polis akan panggil ADUN Selat Klang

-

Shah Alam: Polis akan memanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari dan beberapa individu lain bagi membantu siasatan berhubung sekeping gambar tersebar di media sosial, kelmarin.

Gambar beramai-ramai itu dikatakan dirakam sempena sambutan Aidilfitri dipercayai membabitka­n ADUN berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata polis akan menjalanka­n siasatan terhadap isu tular itu setelah menerima laporan berkaitan pada hari sama.

“Polis akan memanggil beliau dan beberapa individu lain untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Polis akan merujuk siasatan awal dijalankan kepada pihak pendakwa raya bagi mendapat arahan lanjut hari ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Baharudin berkata, siasatan kes akan dibuat mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 6) 2020.

Sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Peraturan 15 (1) peraturan sama, selain didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarak­an selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Kelmarin, media melaporkan tiada sebarang laporan polis diterima susulan penyebaran tangkap layar gambar majlis Aidilfitri anjuran Abdul Rashid yang didakwa tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baru-baru ini.

Abdul Rashid ketika dihubungi berkata, tidak menyangka gambar raya pertama itu tersebar kepada umum.

“Gambar pada raya pertama lebih seorang saja sebab memang sudah beritahu tidak boleh lebih 20 orang, tak sangka ia tular,” katanya.

Tangkap layar yang tersebar itu memaparkan terdapat gambar 21 individu termasuk Abdul Rashid serta ayat berbunyi, @PDRMSIA @Ismailsabr­i60 @Muhyiddiny­assin kalau YB, tak perlu ikut SOP ke? #N44 #Dunselatkl­ang.

Sementara itu, Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian PKPB menyerahka­n kepada pihak polis menyiasat berhubung laporan seorang wakil rakyat didakwa melanggar PKPB apabila menerima lebih 20 tetamu ketika menyambut Aidilfitri dan berkongsi gambar tetamunya di media sosial.

Polis akan memanggil beliau dan beberapa individu lain untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Baharudin Mat Taib,

Ketua Polis Daerah Shah Alam

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia