Berita Harian

Rangka protokol kawal virus di 18 depoh tahanan

KKM masih guna pendekatan PKPD elak wabak merebak

- Oleh Zanariah Abd Mutalib, Luqman Arif Abdul Karim dan Faris Fuad bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Prosedur penempatan dan protokol kesihatan sedang dirangka bagi mengekang potensi penularan jangkitan COVID-19 di 18 depoh tahanan lain di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 14 daripada keseluruha­n depoh tahanan itu diselia Jabatan Imigresen, manakala baki empat lokasi lagi di Sabah kendalian Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

Setakat ini, katanya, kementeria­n masih menggunaka­n pendekatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) terhadap tiga depoh tahanan Imigresen (DTI) di Bukit Jalil, Sepang dan Semenyih bagi memastikan jangkitan COVID-19 tidak terus merebak.

“Ia sama seperti PKPD yang mana kita akan buat saringan terhadap semua, iaitu sama ada kakitangan di DTI atau orang kena tahan (OKT).

“Hari ini (semalam) tiada laporan kes baharu lain membabitka­n DTI, namun kita sudah tegaskan sebelum ini siapa yang bakal ditahan dan ditempatka­n di DTI perlu disaring.

“Protokol kemasukan OKT

Depoh

di DTI kini sedang dirangka, tetapi buat masa ini kita wajibkan saringan terhadap semua sebelum mereka ditempatka­n di pusat tahanan.

“Pendekatan ini bukan saja membabitka­n DTI, tetapi akan diperluask­an kepada penempatan tahanan lain seperti penjara,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, semalam.

Mengulas kaedah menangani penyakit HIV untuk mengawal penularan kes dan risiko jangkitan dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI), Dr Noor Hisham berkata, ia cadangan yang baik.

Beliau berkata, cadangan itu akan dibincangk­an secara menyeluruh dengan pihak berkaitan, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya semua aspek penting diambil kira.

Kelmarin, Dekan Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzam­an, berkata kes dan risiko jangkitan COVID-19 membabitka­n PATI boleh dikawal menggunaka­n model seperti menangani penyakit HIV untuk penagih dadah di negara ini.

Sementara itu, rakyat boleh mengesan kes positif COVID-19 yang dilaporkan dalam lingkungan satu kilometer dari kawasan tertentu menggunaka­n ‘Hotspot Tracker’ menerusi aplikasi Mysejahter­a.

Dr Noor Hisham berkata, ia bagi membantu orang awam menjalanka­n aktiviti harian dan merancang perjalanan harian secara lebih berhati-hati selepas mengenal pasti kawasan berisiko.

Dr Noor Hisham juga berkata, tiada kakitangan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) Padang Besar positif COVID-19, selepas enam pelajar warga Thailand yang melalui pintu sempadan negara itu dijangkiti virus berkenaan.

Katanya, semua 34 petugas terbabit diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari, selain ICQS itu ditutup mulai kelmarin.

 ??  ?? tahanan Imigresen di KLIA, Sepang.
tahanan Imigresen di KLIA, Sepang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia