Berita Harian

Tiada laporan rakyat kita di AS maut

-

Putrajaya: Wisma Putra masih menunggu kenyataan rasmi berhubung laporan 10 rakyat Malaysia meninggal dunia di New York, Amerika Syarikat (AS) akibat jangkitan COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Wisma Putra belum mendapat pengesahan rasmi mengenai kes kematian itu.

“Pagi tadi (semalam) kita sudah memeriksa dengan Wisma Putra dan mereka tidak dapat maklumat mengenai perkara ini.

“Oleh itu kita tidak tahu statusnya. Adakah berita itu benar atau tidak benar? Wisma Putra tidak tahu.

“Perkara ini masih disiasat oleh Wisma Putra,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Portal berita semalam melaporkan sekurang-kurangnya 10 warga Malaysia menetap di New York, maut akibat jangkitan COVID-19.

Presiden Malaysia Associatio­n of America (MAA), Kim Bong, berkata dua daripada mereka ialah ahli jawatankua­sa MAA.

Sementara itu, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di New York belum menerima laporan rasmi daripada mana-mana pihak, berhubung rakyat Malaysia dijangkiti atau meninggal dunia akibat COVID-19 di AS.

Kementeria­n Luar dalam kenyataan semalam, memaklumka­n mengikut prosedur pihak berkuasa tempatan (PBT), sebarang kematian membabitka­n warga asing akan dimaklumka­n secara rasmi oleh kerajaan AS kepada Pejabat Perwakilan Asing di negara berkenaan. “Kementeria­n Luar menerusi Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di New York sentiasa memantau perkembang­an wabak ini, terutama bagi kes membabitka­n rakyat Malaysia.

“Dalam hal ini, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia sering berhubung rapat dengan PBT yang bertanggun­gjawab dalam pengurusan pandemik COVID19.

“Ia bagi memastikan kesahihan dan ketepatan maklumat yang diterima,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut kenyataan itu, rakyat Malaysia di luar negara dinasihatk­an untuk berhubung dengan Pejabat Perwakilan Malaysia yang terdekat sekiranya terdapat sebarang kesangsian mengenai situasi semasa, susulan penularan COVID-19.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia