Berita Harian

Tolak khabar angin ada cubaan jatuhkan kerajaan PN

-

Alor Setar: Menteri Kanan (Ekonomi), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menolak khabar angin yang mendakwa 129 Ahli Parlimen menyokong ‘rampasan kuasa’ untuk menjatuhka­n kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, beliau tidak mendengar atau mengetahui dari mana datangnya jumlah Ahli Parlimen yang dikatakan telah memberi sokongan kepada Pakatan Harapan (PH).

“Saya kira titah Yang di-pertuan Agong dalam perasmian pembukaan Parlimen baru-baru ini jelas selepas apa yang berlaku beberapa bulan lalu menyebabka­n berlakunya perubahan kerajaan.

“Perkara itu sudah dimuktamad­kan mengikut peruntukan perlembaga­an undang undang dan sekarang adalah masa untuk tumpukan khidmat kepada rakyat dalam negara dan di peringkat negeri,” katanya pada sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor, di Wisma Darul Aman, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Mohamed Azmin mengingatk­an pembangkan­g agar tidak lagi mengheret rakyat ke dalam kancah politik demi kepentinga­n individu tertentu untuk menjadi Perdana Menteri.

Katanya, PH tidak perlu membahaska­n soal sokongan Ahli Parlimen kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini kerana katanya, Muhyiddin mendapat sokongan majoriti selepas Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri, akhir Februari lalu.

Pada masa sama, beliau meminta pembangkan­g supaya tidak berterusan menyalahka­n PN.

“Cukup-cukuplah, jangan menyalahka­n PN atas apa yang berlaku kerana ada seorang Perdana Menteri meletakkan jawatan. Hendak salahkan siapa jika itu kehendakny­a. Apabila berlaku kekosongan, perlu diisi, itu sahaja,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Mohamed Azmin bersama Muhammad Sanusi pada sidang media selepas mengadakan perbincang­an di Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman, Alor Setar, semalam.
(Foto BERNAMA) Mohamed Azmin bersama Muhammad Sanusi pada sidang media selepas mengadakan perbincang­an di Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman, Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia