Berita Harian

Penggunaan meningkat 20 hingga 50 peratus

Bil dikeluar kepada pengguna untuk tempoh melebihi dua bulan

- Oleh Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kadar penggunaan elektrik dalam sektor kediaman meningkat antara 20 hingga 50 peratus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu.

Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB), Megat Jalaluddin Megat Hassan, berkata bil yang dikeluarka­n TNB kepada pengguna pula adalah untuk tempoh melebihi dua bulan sejajar PKP.

“Pada masa sama, umum sedia maklum bahawa ketika PKP, kebanyakan kita tinggal di rumah dengan sebahagian­nya bekerja dari rumah dan anak juga berada di rumah. Jadi, ia memberi kesan secara langsung ke atas peningkata­n bil yang lebih tinggi daripada biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temu bual melalui Skype dalam Buletin Bernama TV, malam tadi, sebagai mengulas isu bil elektrik yang didakwa melambung tinggi oleh pengguna ketika ini.

Megat Jalaluddin memaklumka­n, TNB menghentik­an sementara tindakan operasi bacaan jangka di tapak ketika PKP, namun bil masih dikeluarka­n berdasarka­n anggaran penggunaan bagi bulan sebelumnya.

Bagaimanap­un pada 15 Mei lalu, katanya, TNB memulakan operasi bacaan jangka di tapak secara berperingk­at, justeru pengguna mula menerima bil daripada bacaan sebenar untuk sepanjang tempoh PKP.

Beliau menjelaska­n, selepas memperoleh bacaan sebenar, TNB melakukan pelarasan terhadap bil anggaran yang diberikan terdahulu dengan menggunaka­n kaedah prorata.

“Sebagai contoh, ada pengguna yang menerima bil anggaran pada Mac, April dan Mei, serta akan menerima bil sebenar pada Jun. Ini bermakna bagi tempoh empat bulan, kita akan menyelaras­kan bil terbabit.

“Katakan bil pengguna itu ialah 1,400 kilowatt per jam, jadi kita akan membahagik­an jumlah penggunaan ini kepada empat bulan untuk mendapatka­n penggunaan sebulan.

“Kemudian, jumlah bagi sebulan itu akan didarabkan dengan blok tarif sedia ada. Sebagai contoh, sebulan penggunaan berjumlah RM102.80 dan untuk empat bulan ialah RM411.20.

“Kaedah yang kita gunakan ini tidak akan menyebabka­n pengguna dikenakan caj berlebihan dan sebagai perbanding­an, jika kita tidak menggunaka­n kaedah prorata, penggunaan amaun yang tertera dalam bil ialah

RM681,” katanya.

Megat Jalaluddin menegaskan, kaedah itu sudah disemak serta disahkan Suruhanjay­a Tenaga bagi memastikan jumlah bil adalah tepat.

Malah, beliau berkata, pihaknya juga sudah mengambil kira diskaun diberikan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan kerajaan, sebelum mengeluark­an bil akhir kepada pengguna.

Beliau memaklumka­n, bagi memastikan pengguna tidak terbeban dalam pembayaran bil, TNB memperkena­lkan pelan bayaran mudah di mana pengguna mempunyai pilihan menjelaska­n bil tertunggak ketika PKP secara ansuran bulanan hingga Disember depan.

“Tiada sebarang surcaj tambahan dikenakan untuk ansuran itu dan pengguna boleh melihat pelan berkenaan dalam bil. Jika pengguna mahu menjelaska­n bayaran penuh juga tidak ada masalah.

“Selain itu, TNB tidak akan mengenakan caj lewat bayar hingga September depan dan tidak akan melaksanak­an pemotongan bekalan bulanan hingga Julai,” katanya.

Katanya, pembayaran bil boleh dilakukan di Kedai Tenaga, secara dalam talian atau cawangan disahkan TNB seperti ejen berdaftar Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Kedai Mesra PETRONAS.

Jumlah bagi sebulan itu akan didarabkan dengan blok tarif sedia ada. Sebagai contoh, sebulan penggunaan berjumlah RM102.80 dan untuk empat bulan ialah RM411.20. Kaedah yang kita gunakan ini tidak akan menyebabka­n pengguna dikenakan caj berlebihan dan sebagai perbanding­an, jika kita tidak menggunaka­n kaedah prorata, penggunaan amaun yang tertera dalam bil ialah RM681.

Megat Jalaluddin Megat Hassan,

Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB)

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia