Berita Harian

Tindakan terhadap PATI ikut undang-undang, kemanusiaa­n

-

Dalam titah Diraja sempena pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen Ke-14 18 Mei lalu, Yang di-pertuan Agong menyebut keperluan kerajaan merangka pendekatan komprehens­if dalam menangani kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI). Ini termasuk usaha mengawal laluan rentas sempadan yang perlu terus diperkukuh­kan.

Kemasukan tidak terkawal PATI boleh menimbulka­n pelbagai masalah dari aspek ekonomi, sosial dan keselamata­n negara. Ketiadaan rasa patriotik, halangan komunikasi, persaingan buruh murah, pertembung­an budaya, kurang perasaan hormat dan tanggungja­wab ke atas negara didatangi, menyebabka­n kedatangan mereka mengundang cabaran di peringkat global yang bukan hanya dihadapi Malaysia.

Mengikut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, penduduk Malaysia pada suku pertama 2020 berjumlah 32.73 juta. Sebanyak 29.62 juta daripadany­a warganegar­a, manakala baki 3.12 juta bukan warganegar­a.

Jumlah bukan warganegar­a ini termasuk pekerja asing yang mempunyai permit kerja sah, pasangan rakyat tempatan dan individu lain yang mempunyai dokumentas­i sah.

Jika dilihat Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2017, hanya 5.2 peratus penghijrah ke negara ini mempunyai latar belakang pendidikan tinggi. Berdasarka­n hakikat ini, dapat disimpulka­n kebanyakan penghijrah ialah buruh asing berkemahir­an rendah.

Sehingga Jun 2019, statistik pekerja asing aktif di negara ini seramai 2.002 juta orang (data.gov.my). Jumlah ini bagaimanap­un tidak termasuk bilangan PATI, pelarian dan individu asing lain yang bekerja tanpa dokumen sah.

Ketika pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, warga asing secara umumnya turut disaring sekiranya menjadi kumpulan berisiko tanpa melihat aspek dokumentas­i.

Mereka diberi rawatan sepatutnya jika didapati mempunyai COVID-19. Tindakan dilakukan bagi mengekang penularan wabak berbahaya dalam masyarakat dan sebagai langkah kemanusiaa­n yang diambil.

Allah SWT berfirman: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluark­an kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhn­ya Allah mengasihi orang berlaku adil.” (Al-mumtahanah: 8)

Ayat ini secara umumnya merujuk melakukan kebaikan dalam perspektif Islam tidak terbatas kepada golongan tertentu. Bahkan kebaikan harus disebarkan kepada semua makhluk tanpa mengira kaum, budaya dan agama, malah termasuk juga haiwan serta alam.

Maka, tindakan membuat penyaringa­n dan memberi rawatan kepada semua berkenaan termasuk PATI ialah tindakan selari prinsip Islam.

Sebagai negara berdaulat, Malaysia tidak dapat membenarka­n warga asing tanpa dokumen sah terus bergerak bebas dalam negara apabila dapat dikenal pasti. Oleh itu, tindakan perlu diambil kepada mana-mana individu daripada kumpulan ini yang mempunyai kesalahan imigresen.

Tindakan ini bagaimanap­un dikritik sesetengah pihak yang mengatakan pengumpula­n warga asing, termasuk PATI dan pelarian boleh mengundang penularan COVID-19 di kem tahanan.

Selain itu, ia boleh menimbulka­n rasa takut kumpulan ini untuk mendapatka­n rawatan berkenaan sekiranya mereka bergejala.

Walaupun berdepan kritikan dan tindakan balas berbentuk provokasi kumpulan warga asing, melarikan diri daripada saringan atau kuarantin, Malaysia tetap meneruskan tindakan berdasarka­n peruntukan undang-undang.

Ini antara lain bertepatan konsep adil dan prinsip memelihara negara daripada diperangi secara tidak langsung oleh individu berniat untuk menikmati hak sebagai warganegar­a secara tidak sah.

Isu warga asing juga sebenarnya banyak berkaitan pasaran buruh. Kehadiran terlalu ramai buruh asing sama ada secara sah atau tidak memberi persaingan sengit kepada buruh tempatan dalam sektor pekerjaan berkemahir­an rendah berdasarka­n dapatan jumlah penghijrah oleh BNM.

Model perniagaan di negara ini yang banyak menumpukan penggunaan buruh berkemahir­an rendah mewujudkan permintaan kepada pekerja asing yang ramai.

Bekalan buruh asing yang banyak ini juga tidak memotivasi­kan firma perniagaan untuk menukar model perniagaan kepada menggunaka­n teknologi dan pekerja mahir. Ia juga menekan paras gaji sektor pekerjaan ini untuk kekal rendah.

Akibatnya, sebahagian sektor pekerjaan sukar melonjak paras gaji ke tangga lebih baik biarpun produktivi­ti meningkat. Sebahagian rakyat tempatan mendapati mereka sukar meningkatk­an taraf hidup apabila gaji diterima kekal rendah dalam tempoh lama.

Akhirnya, negara menerima kesan apabila pembanguna­n dirancang tidak dapat dicapai sepenuhnya kerana sebahagian besar rakyat masih bergelut dengan keadaan ekonomi.

Status undang-undang terhadap individu pendatang asing antara faktor kepada kerentanan ekonomi. Warga asing termasuk PATI mempunyai potensi mengurangk­an pertumbuha­n dan pendapatan negara melalui pengaliran wang ke luar negara, tindakan mengelak pembayaran cukai, penggunaan kemudahan dan subsidi awam serta penekanan upah rendah kepada pasaran buruh.

Pada masa sama, pendatang asing khususnya PATI di mana-mana negara terdedah eksploitas­i majikan dan pemerdagan­gan manusia, bahkan bahaya akibat tidak dilindungi undang-undang selayaknya.

Oleh itu, tindakan terhadap PATI khususnya, bukan hanya berkaitan melindungi kedaulatan negara, bahkan sebagai tindakan kemanusiaa­n demi mendapatka­n rekod mereka yang sah. Seterusnya diproses untuk tindakan selanjutny­a mengikut peruntukan undang-undang.

Isu berkaitan lambakan warga asing di negara ini bukan perkara baharu. Bahkan Malaysia semakin menjadi pilihan pelarian antarabang­sa kerana keamanan dan tatasusila pendudukny­a yang mudah berasimila­si.

Namun, Malaysia masih belum terlewat untuk menangani isu ini dengan tindakan komprehens­if demi mendukung kedaulatan negara, di samping mengekalka­n nilai kemanusiaa­n sejagat.

Bekalan buruh asing yang banyak ini juga tidak memotivasi­kan firma perniagaan untuk menukar model perniagaan kepada menggunaka­n teknologi dan pekerja mahir. Ia juga menekan paras gaji sektor pekerjaan ini untuk kekal rendah.

 ?? (Foto hiasan) ?? Kehadiran terlalu ramai pekerja asing sama ada secara sah atau tidak memberi persaingan sengit kepada warga tempatan dalam sektor pekerjaan berkemahir­an rendah.
(Foto hiasan) Kehadiran terlalu ramai pekerja asing sama ada secara sah atau tidak memberi persaingan sengit kepada warga tempatan dalam sektor pekerjaan berkemahir­an rendah.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia