Berita Harian

Mahmoud sentap kerakusan Israel

-

Dunia seakan tersentak apabila Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengisytih­arkan untuk memutuskan dan tidak lagi terikat segala perjanjian pernah dibuat dengan Israel serta Amerika Syarikat (AS).

Perisytiha­ran Presiden Palestin pada 20 Mei itu, pasti membuka mata banyak pihak dalam meneliti krisis di Asia Barat yang sudah melebihi satu abad.

Tindakan ini diambil kerana Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) tidak dapat bersabar terhadap perancanga­n rakus Israel menguasai kawasan Tebing Barat dan Lembah Jordan yang turut dipanggil sebagai Judea dan Samaria.

Ada juga menyatakan tindakan Mahmoud itu adalah untuk mendapatka­n semula populariti yang sedikit tenggelam ketika musim COVID-19 kerana urusan harian dikendalik­an Perdana Menterinya, Mohammad Shtayyeh secara baik.

Ada memuji Shtayyeh hingga terdapat suara menyatakan beliau layak menggantik­an Mahmoud. Rata-rata pimpinan Palestin tidak bercakap soal kepimpinan ini secara terbuka kerana ingin memberi ruang kepada Presiden menentukan proses peralihan.

Namun, ini bukanlah alasan sebenar. Apa yang berlaku ialah kerajaan campuran Israel dibentuk Benjamin Netanyahu bersetuju pada dasarnyaun­tuk menguasai Tebing Barat bermula Julai ini. Ia termasuk dalam perancanga­n proses damai diusahakan Presiden AS, Donald Trump dan mendapat sokongan kuat AS.

Disebabkan tidak dapat menerima kerakusan Israel, PLO melalui Mahmoud mengisytih­arkan tidak mahu lagi terikat dengan perjanjian ditandatan­gani dengan Israel dan AS termasuk perjanjian keselamata­n.

Tiada gunanya melakukan perjanjian demi perjanjian tetapi ia hanya memberi peluang kepada Israel terus menguasai Tebing Barat.

Tindakan Mahmoud itu strategik dan mendapat sokongan pelbagai pihak di dunia. Ramai mengalu-alukan keputusan berkenaan sebagai tindakan memberikan tekanan terbabit khususnya Israel.

Ia menyebabka­n beberapa pihak menyuaraka­n kebimbanga­n terhadap rancangan Israel termasuk Malaysia mengeluark­an kenyataan melalui Wisma Putra, 22 Mei lalu.

Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke Asia Barat, Nickolay Mladinov meminta Israel menggugurk­an perancanga­n mereka itu. Beliau turut meminta Palestin kembali ke meja rundingan bersama kuartet daripada AS, Russia, Kesatuan Eropah (EU) dan PBB.

Sebetulnya tindakan Israel itu tidak menghormat­i perjanjian dibuat dengan Palestin seperti Perjanjian Oslo yang ditandatan­gani pada 1993. Ia perjanjian damai ke arah mengiktira­f Palestin dan mewujudkan negara itu dengan Israel perlu berundur dari tanah dirampas dalam Perang Enam Hari 1967.

Tindakan Israel juga bercanggah resolusi dikeluarka­n PBB dan Majlis Keselamata­n PBB antaranya Resolusi 252 (1958), Resolusi 478 (1980) dan 2334 (2016). Jelas, tindakan Israel langsung tidak menunjukka­n mereka menghormat­i perjanjian dan resolusi dikeluarka­n badan dunia berkenaan.

Kesombonga­n Israel terserlah ketika sokongan AS seakan tidak berbelah bahagi. Apa sahaja ingin dilakukan, pasti mendapat sokongan padu kuasa besar dunia.

Ini ditambah pengisytih­aran Trump yang menyatakan Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel abadi. Bagi membuktika­n bukan bercakap kosong, Trump membenarka­n Kedutaan AS di Israel dipindahka­n dari Tel Aviv ke Baitulmaqd­is pada 2018.

Kini Israel ingin menguasai sepenuhnya Tebing Barat dan Lembah Jordan dengan projek perluasan itu.

Sebagai bekas kuasa dunia melalui empayar Uthmaniah, Turki mengeluark­an amaran keras kepada Israel. Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam ucapan Aidilfitri menegaskan Palestin tidak akan dibenarkan untuk diberikan kepada sesiapa. Tegas beliau, ia kiblat pertama umat Islam dan garisan merah kepada seluruh umat Islam sedunia.

Seperti dijangka, Netanyahu tetap memperkuku­hkan hasrat dengan menyatakan ia masa terbaik Israel mendapatka­n Tebing Barat dan Lembah Jordan dengan sokongan AS. Beliau berjanji untuk bekerja keras bagi memastikan matlamat itu berjaya.

Pada masa sama, terdapat pihak cuba memujuk Mahmoud kembali ke meja rundingan dan menghormat­i keputusan dicapai.

Bagi pihak Mahmoud, sudah tentu bukan masalah besar untuk berunding, tetapi yang menjadi halangan ialah sikap angkuh Israel yang tidak mahu patuh terhadap apa jua resolusi dikeluarka­n.

Sikap Israel tidak boleh dibiarkan begitu sahaja hingga umat Islam menyerahka­n segala-galanya kepada mereka. Perlu difahami Israel ialah projek Zionis, tiada kena-mengena dengan penentanga­n agama. Oleh itu, menentang Israel ialah lambang kepada penentanga­n terhadap Zionis dan bukannya anti-semit.

Oleh itu, tekanan antarabang­sa mesti diberikan berterusan kepada Israel dan pelindungn­ya, AS bagi memastikan nasib rakyat Palestin dapat dibela. Tekanan kepada PBB juga perlu diteruskan agar dunia melihat kerakusan Israel tidak dapat diterima dan mesti dihentikan.

Dalam kerjasama negara Islam, kita mengharapk­an agar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dapat berperanan ke hadapan membawa suara solidariti umat dalam menjuarai hal ini. Jangan biarkan pertubuhan ini diam tanpa suara.

Tiada gunanya melakukan perjanjian demi perjanjian tetapi ia hanya memberi peluang kepada Israel terus menguasai Tebing Barat.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia