Berita Harian

PKP masih berbaki tuntut kerjasama semua pihak

-

Harapan rakyat Malaysia menyaksika­n angka kes COVID-19 baharu menurun, semakin cerah. Barisan hadapan yang bertungkus-lumus mengurus dan merawat pesakit, mengimpika­n sejarah hitam segera berakhir. Setiap lapisan masyarakat tentu teruja memulakan kehidupan pasca-covid-19.

Strategi kerajaan menangani pandemik ini dalam mengatur kebiasaan masyarakat menyaksika­n kawalan fasa demi fasa sebelum rakyat dilepaskan dengan kawalan diri sendiri. Pun begitu, pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mengundang pelbagai reaksi dalam masyarakat.

Kegusaran dizahirkan melalui media sosial membayangk­an kebimbanga­n disiplin dan kepatuhan masyarakat mendepani norma baharu. Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memasuki hari ke-41 ketika Perdana Menteri mengumumka­n PKPB, ketidakpat­uhan mula kelihatan di sana-sini. Ketara bagi sesetengah orang, kawalan kendiri sukar dibudayaka­n.

Simbolik 40 hari bertujuan mengubah kebiasaan individu seakan tidak terlintas dalam masyarakat kerana memandang remeh PKPB. Masyarakat harus peka perjuangan menghentik­an penularan COVID-19 dalam pelbagai spektrum kehidupan bertujuan memastikan krisis ekonomi dan kemanusiaa­n tidak berpanjang­an.

Saban hari Kementeria­n Kesihatan mengingatk­an ‘perjuangan belum selesai’ dalam mendepani COVID-19. Keputusan PKPB diambil selepas mempertimb­angkan Malaysia memenuhi enam kriteria ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pertama, negara memperketa­tkan kawalan di sempadan bagi mengelakka­n kes import COVID-19. Kedua, rakyat yang pulang dari luar negara wajib melalui kuarantin. Ketiga, negara melaksanak­an PKP yang dapat mengurangk­an kadar jangkitan dalam kalangan rakyat tempatan.

Keempat, negara memiliki keupayaan kemudahan kesihatan dan berupaya menjaga golongan berisiko. Kelima, wujud amalan norma baharu dalam kehidupan seperti tidak berkumpul atau bersalam, penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka. Keenam, pemerkasaa­n komuniti supaya bertanggun­gjawab menjaga kawasan tidak dijangkiti.

Dalam menangani krisis ekonomi dan kemanusiaa­n, pemulihan sektor ekonomi perlu seiring pemulihan sosial. Pengumuman Perdana Menteri menunjukka­n anggaran kerugian RM2.4 bilion setiap hari sejak PKP dilaksanak­an, membawa jumlah kerugian keseluruha­n RM63 bilion.

Langkah pemulihan ekonomi perlu dilakukan berhati-hati, manakala sebarang kesilapan boleh mencetuska­n krisis ekonomi dan kemanusiaa­n kritikal. Pemulihan ekonomi perlu mengambil kira individu terkesan terutama usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Strategi ini perlu memikirkan pendapatan isi rumah terjejas akibat COVID-19. Pemulihan sosial turut membabitka­n kes keganasan rumah tangga semasa PKP yang sepatutnya memberi ruang masa lebih bersama ahli keluarga. Ia disalahgun­akan individu tertentu dengan melakukan kes keganasan rumah tangga. 130 aduan kes keganasan rumah tangga diterima melalui Talian Kasih Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Keputusan sukar perlu dilakukan pihak berwajib supaya pemulihan ekonomi dan sosial berjaya dicapai. Persoalan bermain di minda, bersediaka­h masyarakat kita yang terkenal dengan budaya peramah dan mesra mengekalka­n jarak sosial 1 meter?

Bolehkah individu makan satu meja seorang di restoran sedangkan makan tengah hari selama ini waktu bersosial? Adakah rakyat boleh mengadapta­si perubahan untuk membudayak­an kawalan kendiri?

Hakikatnya, PKP yang masih berbaki amat menuntut kerjasama setiap individu, bukan semata-mata menunggu arahan pihak berkuasa. Jika kawalan kendiri mampu dilakukan, tentunya kos kerajaan melakukan sekatan jalan raya dan mengeluark­an pelbagai arahan serta prosedur dapat diminimumk­an. Teori kawalan pengurusan menunjukka­n kawalan kendiri paling murah tetapi berkesan untuk dilaksanak­an dalam mana-mana organisasi.

Persoalann­ya, bagaimanak­ah memiliki kawalan kendiri kukuh? Pastinya, pendidikan dan latihan disiplin tertentu berupaya membentuk budaya baharu untuk kawalan kendiri lebih berkesan.

Ujian paling ketara apabila masyarakat menyambut Aidilfitri dalam suasana perlu menyeimban­gkan pergerakan terkawal dan keinginan terus meriah. Semoga kehidupan lebih terkawal ketika PKP berupaya mendidik majoriti rakyat Malaysia membudayak­an kawalan kendiri selari perjuangan mengatasi COVID-19.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia