Berita Harian

Jamin kelangsung­an industri akhbar

- Mohd Salleh Osman, Putrajaya

Industri persuratkh­abaran berperanan merakam perjalanan masyarakat dan pembanguna­n tamadun sesebuah negara.

Namun, sejak kebelakang­an ini industri berkenaan menghadapi kemerosota­n drastik bukan sahaja di rantau Asia Tenggara, malah pada peringkat global akibat ledakan transforma­si digital.

Orang ramai khususnya anak muda lebih gemar mendapatka­n maklumat daripada sumber portal berita dalam talian serta selesa memilih media sosial bagi mendapatka­n informasi mutakhir.

Lantaran itu, penutupan operasi beberapa syarikat akhbar tidak dapat dielak akibat tekanan ekonomi yang menggugat.

Antaranya, akhbar The Malay Mail yang diterbitka­n pada 1 Disember 1896 akhirnya menghentik­an operasi cetak pada Disember 2018 selepas wujud 122 tahun dan kini hanya beroperasi secara dalam talian.

Akhbar Tamil Nesan antara akhbar tertua di Asia Tenggara yang diterbitka­n pada 1924 pula ditutup 1 Februari tahun lalu.

Turut mendukacit­akan, akhbar berbahasa Melayu tertua negara, Utusan Malaysia dan Kosmo! menamatkan operasi Oktober tahun lalu selepas 80 tahun beroperasi.

Justeru, penutupan empat akhbar berkenaan dan pengecilan operasi syarikat media tidak boleh dipandang sepi.

Langkah proaktif dan cepat wajar diusahakan agar industri persuratkh­abaran kembali bernafas.

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah pada lawatan kerja ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) di Wisma BERNAMA memaklumka­n kementeria­nnya sedang menilai cadangan bantuan komersial serta perundanga­n untuk membantu industri media tempatan yang terjejas akibat COVID-19.

Beliau mengambil maklum beberapa cadangan dikemukaka­n beberapa tokoh wartawan dan pengusaha media yang antara lain, mahu kerajaan membeli ruang pengiklana­n secara konsisten.

Selain itu, dicadangka­n gergasi teknologi seperti Google dan Facebook membayar penggunaan kandungan media dan berita serta penilaian semula rejim cukai.

Memang amat disedari pada saat negara masih bergelut memerangi COVID-19, kemampuan kerajaan untuk melunaskan cadangan terbabit bukan perkara mudah.

Namun, sumbangan besar media khususnya akhbar serta media arus perdana kepada negara perlu diambil kira dan tidak boleh dibiarkan pupus begitu sahaja.

Perlu diakui, kepentinga­n industri media wajar dipelihara kerana ia mencermink­an identiti masyarakat dan negara.

Akhbar dan media arus perdana lazimnya menerapkan nilai etika yang baik dalam menyampaik­an berita kepada rakyat, di samping berperanan mengimbang­i penularan berita palsu yang memberi kesan buruk kepada masyarakat.

Namun, pada masa sama ia juga harus lebih profesiona­l dengan mengamalka­n sikap berkecuali, tidak memihak, adil dan menyeluruh ketika membuat liputan serta mengutamak­an kepentinga­n rakyat dalam menyalurka­n sesuatu maklumat atau berita.

Berita dan rencana atau apa sahaja forum yang diterbitka­n harus berfungsi untuk mencari kebenaran dan ilmu. Bukan untuk mencari kemenangan kepada mana-mana pihak.

Selain itu, isi kandungan sesebuah akhbar perlu mencapai tahap tinggi supaya dapat menarik minat masyarakat untuk terus kekal melanggan.

Seperkara amat mendukacit­akan ialah akhbar dan media lain tidak lagi menghargai atau mengambil peduli peranan sesetengah pembaca setia yang bergiat aktif dalam bidang penulisan kreatif.

Ruangan cerpen, puisi dan rencana sastera perlahan-lahan dikuburkan. Ketiadaan Utusan Malaysia dan Dewan Sastera yang banyak membantu penggemar sastera mengasah bakat benar-benar dirasakan.

Mujurlah BH Ahad masih mengekalka­n Sanggar Sastera walaupun ruangnya amat terbatas.

Biar apa pun, sesetengah pihak meramalkan masa depan industri media dan persuratkh­abaran masih cerah kerana pemain industri itu dijangka bakal sibuk menguruska­n permintaan pengiklana­n yang tinggi selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berakhir.

Apa yang pasti, kesetiaan dan keyakinan pembaca turut menentukan untung nasib sesuatu akhbar. Jangan biarkan pembaca setia berhenti melanggan kerana berasa diri mereka tidak lagi dihargai.

 ?? (Foto hiasan) ?? Kesahihan maklumat antara punca akhbar arus perdana masih bertahan dan menjadi pilihan pembaca.
(Foto hiasan) Kesahihan maklumat antara punca akhbar arus perdana masih bertahan dan menjadi pilihan pembaca.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia