Berita Harian

Hukum ibu bapa benarkan anak main mercun

- Sa’adiah Shuib, Rawang

Mercun secara umumnya digunakan ketika pesta atau perayaan, seperti Hari Kemerdekaa­n Amerika Syarikat, Deepavali dan Tahun Baharu Cina.

Mercun juga digunakan masyarakat Vietnam ketika pesta Tet, terutama pada tengah malam Giao Thua (malam tahun baharu). Mercun dipercayai boleh menghalau semangat jahat dan menarik dewa kekayaan ke rumah.

Sepanjang perayaan musim bunga pada 2006, mercun dan bunga api AS$124 juta dinyalakan di Tanah Besar China.

Secara umumnya, semua mercun diklasifik­asikan sebagai bahan letupan berkuasa rendah.

Atas sebab itu, beberapa negara mengharamk­an pembakaran mercun kerana beberapa sebab. Antaranya pencemaran bunyi, risiko kecederaan serta kebakaran.

Malaysia mengharamk­an pembakaran mercun seperti termaktub dalam Akta Bahan Letupan 1957 (Pindaan 1991) akibat peningkata­n kadar kecederaan dalam kalangan kanak-kanak, terutama Melayu pada musim perayaan.

Apa yang paling menyedihka­n bagaimana kanak-kanak ini memperoleh mercun? Sudah tentu ibu bapa mereka yang membelikan­nya. Inilah paling menyedihka­n.

Sebagai ibu bapa, mereka patut mendidik anak supaya mematuhi arahan kerajaan.

Ironinya, kecederaan akibat bermain mercun terus meningkat saban tahun kerana kanak-kanak beralih kepada mercun buatan sendiri seperti meriam buluh sebagai alternatif mercun komersial.

Bunyi bising melampau, biasanya dengan penjanaan suhu tinggi dan pelepasan gas ini akan mengganggu jiran. Siapakah yang berani untuk menegur perbuatan kanak-kanak ini?

Terus terang dikatakan saya tidak selesa dengan pencemaran bunyi yang kuat sehingga mengganggu tidur. Namun, adakah ibu bapa kanak-kanak terbabit memikirkan perkara ini?

Sesiapa yang didapati memiliki, menjual, membeli atau bermain mercun atau bunga api, selain yang dibenarkan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7 dan 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207). Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Bermain dan membakar mercun dan bunga api juga dilarang dan boleh dihukum penjara tidak melebihi satu bulan atau denda sehingga RM100 atau kedua-duanya mengikut Seksyen 3(5) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Nampaknya, tidak ada sesiapa pun peduli perkara ini. Undang-undang seperti diwujud hanya untuk ditertawak­an.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, pernah berkata agensi di bawah Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) perlu meningkatk­an kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk menyekat penyeludup­an mercun dan bunga api.

Penjualan berleluasa di pasaran jelas menunjukka­n kelemahan pihak JKDM melakukan pemeriksaa­n teliti di pintu masuk.

Jika lebih berhati-hati ketika menjalanka­n tugas, dagangan berbahaya ini tidak akan beredar di pasaran di Malaysia.

Pihak yang mengilang, memiliki atau mengimport mercun dan bunga api tanpa permit boleh didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Kerajaan juga harus mengenakan tindakan terhadap ibu bapa yang membenarka­n atau membiarkan anak mereka bermain mercun.

 ??  ?? Banyak negara termasuk Malaysia mengharamk­an pembakaran mercun.
Banyak negara termasuk Malaysia mengharamk­an pembakaran mercun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia