Berita Harian

Masyarakat mahu hukuman lebih berat

Kaji selidik bermula 21 Mei hingga 4 Jun tinjau pandangan, maklum balas umum

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim luqman.arif@bh.com.my

Kuala Lumpur: Hukuman lebih berat akan dikenakan terhadap pemandu mabuk sehingga menyebabka­n kematian, jika kaji selidik bermula sejak 21 Mei lalu hingga 4 Jun ini, diambil kira.

Pertimbang­an itu antara 26 soalan menerusi kaji selidik mengenai ‘pengambila­n alkohol dan penguatkua­saan undang-undang yang lebih tegas terhadap kesalahan memandu dalam keadaan mabuk’ seperti diajukan Kementeria­n Pengangkut­an.

Kaji selidik bagi meninjau pandangan dan maklum balas dalam kalangan masyarakat itu dijalankan susulan isu pemandu mabuk di Malaysia yang dilihat semakin meruncing.

Inisiatif kerajaan untuk merombak pendekatan bagi menangani isu terbabit mula dirintis apabila pelbagai pihak berpandang­an bahawa tiga jenis hukuman yang dikenakan kepada pemandu di bawah pengaruh alkohol setakat ini, iaitu penjara, denda dan hilang kelayakan lesen memandu adalah tidak setimpal.

Berang kerana isu pengaruh alkohol ketika memandu tidak berkesudah­an, segelintir pihak menuntut supaya individu yang dibuktikan bersalah sehingga menyebabka­n kematian perlu dipenjara seumur hidup, malah berdepan hukuman tali gantung.

Hukuman keras sedemikian diketengah­kan kerana menganggap ‘hutang nyawa harus dibayar dengan nyawa’, selain diyakini berupaya menjadi pemangkin ke arah kesedaran dalam kalangan masyarakat sekiranya masih berdegil untuk memandu di bawah pengaruh alkohol.

Sisi lain berhubung isu itu yang turut diteliti Kementeria­n Pengangkut­an menerusi kaji selidik berkenaan ialah kandungan alkohol dalam darah (BAC) untuk

Kaji selidik bagi meninjau pandangan dan maklum balas dalam kalangan masyarakat itu dijalankan susulan isu pemandu mabuk di Malaysia yang dilihat semakin meruncing.

memandu, sama ada ia wajar dikurangka­n daripada kadar semasa, iaitu 80 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah atau bersamaan 0.08 peratus.

Tiga kadar baharu yang dipertimba­ngkan ialah 0.05 peratus seperti saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 0.02 peratus mengikut WHO untuk pemandu muda atau tiada langsung kandungan alkohol dalam badan.

Kementeria­n Pengangkut­an melalui Bahagian Logistik dan Pengangkut­an Darat (BLPD), pada 24 Mei lalu dilaporkan berkata soal selidik dalam talian itu dibuat selepas Jemaah Menteri bersetuju untuk mengkaji semula Akta Pengangkut­an Jalan 1987 (Akta 333).

Sejak kebelakang­an ini, Malaysia dikejutkan dengan siri kejadian pemandu mabuk, 3 Mei lalu misalnya, seorang anggota polis, Koperal Safwan Muhammad Ismail yang bertugas di sekatan jalan raya di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuh Raya Kajang-seremban (LEKAS) maut selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda, dipandu seorang lelaki yang disyaki mabuk.

Pada 22 Mei, seorang lelaki memandu kenderaan pacuan empat roda secara berbahaya di sebuah tapak perniagaan di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor menyebabka­n lima orang cedera, sekali gus mencetuska­n kemarahan pelbagai pihak.

Terbaru, pada 26 Mei lalu di Kuantan, pekerja Alam Flora, Irwan Herman Kamarudin, 41, maut selepas terbabit kemalangan dengan seorang pemandu dipercayai mabuk di Jalan Kuantan-gebeng berdekatan Kampung Bukit Rangin.

 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia