Berita Harian

NGO Selangor gesa kerajaan ambil tindakan maksimum

-

Klang: Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa kerajaan mengenakan hukuman maksimum kepada pemandu yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol.

Pengerusi Pertubuhan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Bandar Botanic Klang, Datuk Nor Shabudin Monil, berkata hukuman terhadap pemandu mabuk ketika ini disifatkan terlalu ringan berbanding negara lain.

“Malaysia mengenakan hukuman yang sangat ringan sedangkan kadar denda dan penjara di Singapura beratus kali ganda, termasuk digantung lesen selama setahun.

“Saya berpendapa­t, sudah sampai masa kerajaan menggubal satu undang-undang untuk mengetatka­n operasi penjualan arak di premis khas alkohol berdaftar sahaja.

“Kita semua tahu dan boleh nampak yang arak mudah diperoleh kerana ia dijual di kedai serbaneka 24 jam,” katanya pada sidang media, semalam.

Beliau berkata, penjualan yang mudah serta bebas menjadi antara punca semakin ramai pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Selain PPDK Bandar Botanic, NGO lain yang menyokong tindakan lebih tegas adalah Alumni 4B Parlimen Kota Raja; Pergerakan Belia 4B Kota Raja; 99 Kebajikan Insan Selangor (Kesan) dan Persatuan Kebajikan Hindu dan Sosial Selangor.

Sementara itu, wakil Pertubuhan Integrasi Nasional, Mohd Azhar Osman, berkata isu pemandu mabuk merempuh orang awam sehingga menyebabka­n kematian bukan perkara baharu dan kerajaan tidak perlu lagi membuat kajian demi kajian.

“Perkara ini sudah berlaku sejak sekian lama, tidak perlu lagi buat kajian. Ambil tindakan tegas dengan segera kerana ini membabitka­n nyawa serta kesejahter­aan rakyat negara ini.

“Saya juga mencadangk­an agar lesen pemandu yang didapati mabuk, digantung dan kereta dirampas seperti dilakukan negara-negara lain,” katanya.

Perkara ini sudah berlaku sejak sekian lama, tidak perlu lagi buat kajian.

Mohd Azhar Osman, Wakil Pertubuhan Integrasi Nasional

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia