Berita Harian

Forest City pastikan penghuni patuh PKP

Syarikat konglomera­t beri sumbangan besar ketika berdepan COVID-19

- Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my

Johor Bahru: Perkhidmat­an barisan hadapan ketika pandemik COVID-19 tidak hanya membabitka­n pihak berkuasa awam, malah setiap syarikat konglomera­t turut mempunyai petugas ‘barisan hadapan’ mereka sendiri.

Bagi Forest City, syarikat bertanggun­gjawab dalam pembinaan sebuah bandar pintar bersifat futuristik di kawasan Pembanguna­n Koridor Iskandar, Iskandar Puteri, dekat sini, barisan hadapan mereka juga memberi sumbangan besar ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuas­akan.

Anggota bomba dan penyelamat Forest City, Muhammad Khairulzul­fiqar Ahmad, 26, berkata beliau bersama pasukan bomba dan penyelamat Forest City

sentiasa bersedia untuk bertindak 24 jam sehari sekiranya ada kes kecemasan termasuk kemalangan jalan raya, kemalangan di tapak projek mahu pun kebakaran.

Katanya, tugasan termasuk kerja sanitasi dan pembasmian kuman di kawasan berisiko, selain taklimat keselamata­n kepada penduduk dan warga kerja Forest City juga antara tugas yang perlu dilaksanak­an oleh anggota bomba dan penyelamat Forest City.

“Ketika tempoh PKP, salah satu fasiliti Forest City dijadikan pusat kuarantin. Sebaik sahaja melapor kehadiran, rutin harian pasukan saya bermula dengan membantu petugas Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengurus dan menjaga individu yang dikuaranti­n.

“Selain itu, penyelengg­araan peralatan mencegah kebakaran juga adalah tugas berkala yang perlu dilaksanak­an. Antara cabaran yang perlu dihadapi kami ialah menangani individu yang ingkar dengan perintah kuarantin apabila memberi pelbagai alasan untuk keluar dari bilik kuarantin dan bergerak bebas,” katanya yang masih bujang.

Muhammad Khairulzul­fiqar berkata, pengalaman­nya paling berharga sepanjang berkhidmat ialah apabila pasukannya berjaya membawa keluar dan menyelamat­kan nyawa ahli keluarga penghuni kediaman ketika rumah mereka dijilat api.

“Tindakan pantas kami berjaya mencegah kebakaran daripada merebak dan memusnahka­n unit kediaman bersebelah­an yang mana boleh mengakibat­kan kerugian antara RM2 juta ke RM3 juta,” katanya.

Sementara itu, bagi kakitangan yang menguruska­n perkhidmat­an penduduk di Forest City, Chloe Wong Jie Yi, 26, berkata skop tugasannya membabitka­n pengeposan surat/bungkusan, penghantar­an gas memasak, penghantar­an makanan selain pembelian bahan asas.

Katanya, cabaran utama di dalam bidang yang membabitka­n perkhidmat­an penduduk ialah masa dan tahap kepuasan pelanggan dengan setiap permintaan mereka perlu diselesaik­an dalam tempoh masa yang ditetapkan.

“Ketikaa tempoh PKP, Forest City mewujudkan satu pasukan khusus yang menawarkan perkhidmat­an pembelian bahan mentah dari pasar raya bagi setiap penghuni di Forest City.

“Pesanan bekalan bahan mentah perlu diserahkan dalam tempoh masa tertentu sebelum ianya

Rutin harian pasukan saya bermula dengan membantu petugas Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengurus dan menjaga individu yang dikuaranti­n.

Muhammad Khairulzul­fiqar Ahmad,

Anggota bomba dan penyelamat Forest City

Sepanjang PKP, kami bekerja sehingga lewat malam demi memastikan penghuni patuh kepada PKP serta kekal sihat dan selamat tanpa perlu mendedahka­n diri ke tempat awam.

Chloe Wong Jie Yi,

Kakitangan Forest City

dibeli, diasingkan dan dihantar ke unit kediaman mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

“Tugas ini memakan masa terutama, mengumpulk­an semua senarai barangan dan mengasingk­an ia mengikut unit. Sepanjang PKP, kami bekerja sehingga lewat malam demi memastikan penghuni patuh kepada PKP serta kekal sihat dan selamat tanpa perlu mendedahka­n diri ke tempat awam,” katanya.

Chloe berkata, walaupun tugasnya tidak sepenting petugas kesihatan yang menangani penularan wabak COVID-19 secara langsung, beliau gembira dan rasa dihargai apabila pelanggan memahami beban tugas dilakukan.

“Ada ketikanya kelewatan penghantar­an pesanan berlaku kerana kekangan masa dan bekalan di pasar raya, namun pelanggan bersikap terbuka, memahami serta tidak marah. Sokongan dan pujian dari pelanggan, walaupun hanya kata-kata sangat bermakna buat petugas seperti saya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia