Berita Harian

‘Barisan hadapan’ cekal berkhidmat ketika wabak

-

Johor Bahru: Walaupun negara berdepan wabak COVID-19 dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkua­sa, petugas barisan hadapan terus tabah memberikan perkhidmat­an kepada masyarakat.

Tidak terkecuali perkhidmat­an kedai runcit dan penghantar makanan yang menjadi nadi utama rantaian makanan kepada orang ramai juga menjadi lebih popular dan kerap dicari masyarakat.

Bagi pengusaha Kedai Runcit Hasnah Shafiee di Kipmall, Tampoi, Suhaila A Kassim, 34, yang sudah berniaga sejak tujuh tahun lalu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuas­akan sejak 18 Mac lalu, sudah menjadi normal baharu kepada perniagaan­nya.

Beliau yang dibantu suaminya, Sofian Shafie, 40, dan dua pekerja sementara menjual pelbagai barangan keperluan makanan kering termasuk beras, bawang, lada kering dan rempah ratus kini sudah dapat mengadapta­si sepenuhnya perniagaan ketika wabak menular.

“Sebelum ini perniagaan kedai runcit berjalan seperti biasa bermula jam 9 pagi sehingga 10 malam, namun ketika PKP dikuatkuas­akan, waktu perniagaan kami berubah kepada 8 pagi hingga 2 petang dan ketika PKPB sekarang ia bermula jam 8 pagi hingga 8 malam.

“Walaupun ketika PKP pelanggan mulai berkuranga­n berikutan hanya ketua keluarga dibenarkan membeli barangan keperluan, namun ketika ini jumlah pelanggan semakin ramai dan kembali kepada asal.

“Ketika PKP lalu, saya dan suami bimbang juga jika dijangkiti wabak, namun kami memastikan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) kerajaan, termasuk sentiasa memakai pelitup muka, sentiasa menggunaka­n cecair pembasmi kuman selain mengamalka­n penjarakan sosial dengan pelanggan,” katanya ketika ditemui di kedai runcitnya.

Suhaila yang mempunyai seorang anak berusia 6 tahun itu berkata, beliau juga hanya akan menutup sehari kedai runcitnya setiap tahun iaitu pada hari pertama Aidilfitri bagi membolehka­n pelanggan terus mendapatka­n bekalan makanan yang diperlukan pada setiap masa.

Sementara itu, bagi seorang pemandu van beras, Mohd Noh Shamsuddin, 31, berkata PKP membawa perubahan kepada dirinya selepas terpaksa bercuti daripada kerja berikutan pelanggan utamanya iaitu restoran dan hotel menutup sementara perkhidmat­an berasaskan makanan mereka.

Katanya, ia menjejaska­n pendapatan keluarga apatah lagi perlu menyara isteri dan dua anak berusia 10 dan 9 tahun.

“Saya akhirnya memutuskan menjadi penghantar makanan ketika PKPB ini dengan menghantar makanan ditempah pelanggan, termasuk lemang ketika Ramadan dan musim Aidilfitri ini.

“PKP dan PKPB mendidik saya supaya lebih kreatif dan tidak terlalu selesa dengan segera berfikir bagi mencari pendapatan untuk keluarga bagi memastikan keperluan, terutama makanan kepada keluarga sentiasa ada.

“Walaupun pada mulanya bimbang perkhidmat­an ditawarkan tidak mendapat sambutan, namun ketika PKP dan PKPB perkhidmat­an pernghanta­ran makanan mendapat sambutan masyarakat kerana mereka tidak boleh keluar, sekali gus memberi rezeki kepada kami,” katanya.

Suhaila melayan pelanggan

 ??  ?? Shafiee di Kipmall, Tampoi. yang membeli-belah di Kedai Runcit Hasnah
Shafiee di Kipmall, Tampoi. yang membeli-belah di Kedai Runcit Hasnah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia