Berita Harian

MAPIM desak siasat Siti Kassim

Status aktivis di laman sosial didakwa melampau, hina Islam

- Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Mohd Amin Jalil bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mendesak pihak berkuasa menyiasat peguam, Siti Kassim berhubung status di laman sosialnya yang didakwa melampau dan menghina Islam.

Presidenny­a, Mohd Azmi Abdul Hamid, mendakwa aktivis itu menulis dalam Facebookny­a (FB) supaya sekolah tahfiz diharamkan sebelum arak diharamkan di negara ini.

Katanya, soal pengharama­n arak adalah ketetapan Islam yang sangat jelas dan ia haram untuk orang Islam dan mudaratnya juga tidak dapat dinafikan orang bukan Islam yang memberi kesan negatif ke atas kesihatan, ekonomi, sosial dan keselamata­n awam.

Justeru, katanya, saranan arak perlu diharamkan di negara ini berdasarka­n kes pemandu mabuk yang semakin meningkat adalah munasabah.

“Beliau (Siti Kassim) biadab apabila mengaitkan saranan arak diharamkan di Malaysia dengan sekolah tahfiz Quran yang didakwanya juga sama bahaya. Dia amat keterlalua­n dalam menyuaraka­n pendapatny­a sehingga mengaitkan arak dengan sekolah tahfiz.

“Siti Kassim mendakwa peningkata­n kes pemandu mabuk disebabkan sikap tidak bertanggun­gjawab mereka yang mengambil minuman beralkohol itu. Beliau berhujah alkohol itu bukan masalah, tapi peminum yang tidak bertanggun­gjawab itu punca masalah sebenar.

“Kenyataan ini sama dengan andaian dadah itu bukan masalah, tetapi pengguna dadah yang bermasalah. Jadi apakah dadah yang diharamkan di Malaysia perlu dihalalkan?” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sementara itu, di Seremban, Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (i-guru) menyifatka­n kenyataan dikeluarka­n Siti Kassim sebagai amat biadab dan melampau serta boleh menggugat ketenteram­an awam, selain bersifat penghinaan ke atas Islam dan institusin­ya

Presidenny­a, Mohd Azizee Hasan, berkata pihaknya menggesa pihak berkuasa menyiasat kenyataan secara terangan-terangan. tulisan peguam berkenaan.

“Tindakan beliau meminta pengharama­n sekolah tahfiz dulu, sebelum pengharama­n arak adalah tidak munasabah dan diterima akal kerana konteks perbahasan yang berbeza.

“I-guru menggesa pihak berwajib mengambil tindakan tegas di atas kenyataan beliau (Siti Kassim) yang terang-terang menghina institusi agama dan menghasut masyarakat awam supaya memandang negatif terhadap institusi agama. Ia pemikiran yang bahaya dan boleh menggugat ketenteram­an masyarakat,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Siti Kassim dalam FB kelmarin, menyatakan mengenai isu arak, yang merujuk kepada perenggan “Alkohol bukan masalah. Peminum yang tidak bertanggun­gjawab adalah masalahnya. Seperti sekolah tahfiz bukannya masalah. Pengurusan yang menguruska­n sekolah itu adalah masalahnya. Anda mahu mengharamk­an alkohol hanya kerana menepati kehendak anda? Jika begitu haramkan juga sekolah tahfiz yang menyebabka­n banyak kerosakan kepada kanak-kanak yang tidak berdosa.”

Siti Kassim bagaimanap­un, mendakwa tuduhan ke atasnya berhubung isu itu adalah fitnah dan status muat naik sebenar secara keseluruha­n perlu dibaca jika mahu mengetahui kebenaran mengenainy­a.

Beliau (Siti Kassim) biadab apabila mengaitkan saranan arak diharamkan di Malaysia dengan sekolah tahfiz Quran yang didakwanya juga sama bahaya.

Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden MAPIM

I-guru gesa pihak berwajib ambil tindakan tegas di atas kenyataan beliau (Siti Kassim) yang terang-terang menghina institusi agama dan menghasut masyarakat awam.

Mohd Azizee Hasan, Presiden i-guru

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia