Berita Harian

Menangis di sisi mayat ibu

Wanita maut kena langgar ketika buat pusingan U

- Oleh Syaherah Mustafa bhnews@bh.com.my

Tanah Merah: “Luluh hati ini melihat dua anak menangis di sisi ibunya yang sudah tidak bernyawa, berat hati saya menerima takdir isteri kesayangan sudah pergi buat selamanya,” luah Othman Awang, 41.

Othman adalah suami kepada mangsa kemalangan maut, Miss Nurul Mohd Deraman, 32, yang meninggal dunia dalam nahas di Kampung Batu 9, Jalan Jedok, di sini, jam 8.45 pagi semalam.

Mangsa yang menunggang motosikal bersama dua anaknya, Muhammad Hasbullah Othman, 5, dan Muhammad Hassim, 14, dipercayai membuat pusingan U sebelum dilanggar sebuah kereta dari arah sama.

Othman berkata, ketika kejadian dia berada kedai borong miliknya di bandar Tanah Merah sebelum terus bergegas ke lokasi kemalangan selepas dihubungi seorang rakan.

“Sebaik sampai saya hanya mampu mengucap panjang melihat sekujur tubuh isteri yang sudah kaku ditutup kain oleh orang ramai. Lebih menyedihka­n apabila dua anak saya, terutama yang berusia lima tahun masih terkejut sambil menangis teresak-esak di samping ibunya.

“Kali terakhir berjumpa dengan isteri pada awal pagi tadi (semalam) ketika selesai solat Subuh

Anak mangsa menangis

kerana saya terus ke kedai untuk bekerja. Tiada sebarang perubahan pada arwah, namun kelmarin, dia ada menyuaraka­n rasa sunyi dan bosan kerana terpaksa berada di rumah.

“Malah, Aidilfitri juga disambut seperti biasa beberapa hari lalu dan dia sempat memohon maaf. Saya reda dengan apa yang terjadi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Othman berkata, dua anaknya kini mendapat rawatan di Hospital Tanah Merah, manakala jenazah isteri dibawa ke Unit Jabatan Forensik di hospital sama.

Katanya, jenazah isterinya akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bendang Nyor selepas Maghrib.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superinten­dan,

Zainuddin Md Yusuf, mengesahka­n menerima laporan berkaitan kemalangan terbabit.

“Hasil siasatan awal, mangsa yang menunggang motosikal membawa dua anaknya dipercayai membuat pusingan U sebelum dirempuh kereta yang juga melalui arah yang sama, iaitu dari Panglima Bayu ke Tanah Merah.

“Mangsa membuat pusingan U dengan jarak yang sangat dekat menyebabka­n pemandu tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa,” katanya.

“Sebaik anggota sampai ke lokasi, mangsa didapati meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua anaknya cedera parah dan mengalami patah kaki dan pemandu kereta tidak cedera,” katanya.

 ?? (Foto ihsan pembaca) ?? di sisi mayat ibunya dalam kejadian di Kampung Batu 9, Jalan Jedok, Tanah Merah, semalam.
(Foto ihsan pembaca) di sisi mayat ibunya dalam kejadian di Kampung Batu 9, Jalan Jedok, Tanah Merah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia