Berita Harian

Masalah pengurusan sampah berlarutan

-

Butterwort­h: Masalah pengurusan sampah di Flat Taman Teluk Indah, Perai, dekat sini berlarutan sejak bertahun-tahun lalu berikutan tiada kesedaran penduduk menjaga kebersihan.

Lebih memburukka­n lagi apabila sikap segelintir penduduk mengambil jalan mudah membuang sampah dari tingkat rumah mereka tanpa mengambil kira keselamata­n orang ramai.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Sharifah, 40-an, berkata kebanyakan penduduk malas untuk membuang sampah ke dalam tong yang disediakan berikutan masalah lif menyebabka­n mereka mengambil langkah mudah dengan mencampakk­an sampah dari rumah.

“Mereka yang mengikut peraturan di sini amat sedikit yang mana selebihnya selalu campak sahaja sampah dari rumah. Dahulu ada juga penduduk yang berani tegur namun sekarang semuanya sudah tidak peduli kerana sikap masing-masing yang tidak mendengar kata dengan kerap memberi alasan lif rosak,” katanya di sini, semalam.

Sharifah berkata, dia bimbang penularan wabak COVID-19 di kawasan itu akibat sikap penduduk yang masih berdegil tidak menjaga aspek kebersihan.

“Saya tidak minta penyakit itu datang tetapi tengoklah (keadaan kawasan ini). Walaupun semua tahu wabak itu suka pada kekotoran, penduduk di sini masih lagi leka dan langsung tidak peduli untuk jaga kebersihan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Badan Pengurusan Bersama (JMB) flat terbabit, S Anbarasan, berkata sikap penduduk enggan membayar kos penyelengg­araan sebanyak RM30 sebulan menyebabka­n pihaknya sukar menjaga bangunan itu.

“Di sini ada lingkungan 800 sehingga 900 keluarga tetapi yang membayar kos penyelengg­araan hanya sekitar 200 hingga 250 keluarga sahaja dan ia menjadi menyukarka­n pihak pengurusan untuk mengatasi masalah ini,” katanya.

 ?? (Foto Danial Saad/bh) ?? Lambakan sampah sarap yang tidak diurus dengan sempurna di Flat Taman Teluk Indah, Bandar Perai Jaya, Perai.
(Foto Danial Saad/bh) Lambakan sampah sarap yang tidak diurus dengan sempurna di Flat Taman Teluk Indah, Bandar Perai Jaya, Perai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia