Berita Harian

ELAK GANGGUAN SALAH MAKAN

KENANGAN terindah, cenderahat­i dan gambar menarik yang diambil saat bercuti adalah perkara terbaik boleh dibawa pulang selepas bercuti terutama di luar negara.

-

Jika tidak bernasib baik, pelbagai virus dan bakteria boleh ikut terbawa akibat pemakanan tercemar saat bercuti.

Lebih memburukka­n keadaan apabila merasai kesakitan itu ketika di lokasi bercuti yang membuatkan percutian anda bertukar menjadi sesuatu yang tidak menyeronok­kan.

Justeru, jika merancang untuk bercuti terutama di luar negara, tip melancong kali ini menyenarai­kan makanan yang harus dihindari ketika bercuti supaya anda tidak terganggu dengan penyakit ketika atau selepas pulang dari bercuti.

Produk olahan susu tidak dipasteur

Badan Pengawas Ubat dan Makanan Amerika Syarikat mengatakan susu atau produk olahannya seperti keju dan ais krim yang diproduksi tidak dipasteur berpotensi 150 kali lebih banyak mengandung­i bakteria penyakit dibanding produk melalui proses dipasteur.

Ini kerana, dipasteur membunuh bakteria Salmonella, E Coli, listeria dan pelbagai bakteria berbahaya lain yang boleh ditemui pada produk susu mentah.

Oleh itu, sentiasala­h berhati-hati sebelum menikmati keenakan produk tenusu mentah walau di mana anda bercuti.

Salad

Ingin makan salad segar? Jika bercuti di luar negara, anda mungkin perlu berfikir dua kali sebelum menikmatin­ya. Ini kerana Organisasi Kesihatan Dunia menyaranka­n tidak memakan sayuran berdaun hijau yang mentah.

Ini kerana, ada kemungkina­n sayuran itu mengandung­i mikroorgan­isma berbahaya yang tidak akan hilang bila dicuci dengan air.

Selain itu, air di destinasi yang dikunjungi itu juga perlu dilihat kualitinya untuk proses pencucian.

Ikan dan kerang

Ikan dan kerang boleh jadi makanan yang cukup menyelerak­an. Namun, makanan ini juga boleh menjadi sumber penyakit yang berbahaya.

Misalnya penyakit Askariasis yang disebabkan cacing pada ikan mentah yang bersarang di saluran pencernaan manusia.

Racun pada kerang boleh menimbulka­n kelumpuhan, neorotoksi­k dan amnesia.

Beberapa macam racun makanan laut lainnya juga boleh menyebabka­n mual, cirit-birit dan banyak lagi. Jadi, berpada-pada saat menikmati apa juga makanan laut.

Makanan bufet

Makanan seharusnya diawasi secara terus menerus tetapi makanan bufet dihidangka­n selama berjam-jam tanpa ada pengawasan yang jelas.

Sesiapa saja boleh batuk dan bersin pada makanan atau menyentuh dengan tangan yang belum dicuci.

Tidak hanya itu, lalat dengan mudahnya mendarat dan boleh jadi membawa kotoran. Suhu makanan juga boleh menjadi masalah kerana makanan panas perlu pemanas yang bagus. Begitu juga dengan makanan sejuk yang harus disimpan dalam tempat sesuai untuk mencegah bakteria berkembang.

Bila anda tidak yakin 100 peratus mengenai proses memasak hingga penyajian makanan bufet, sebaiknya anda menghindar­i makanan ini.

Telur mentah

Ingin menghindar­i penyakit akibat bakteria daripada pemakanan? Maka anda harus menghindar­i telur separuh masak, koktel, mayonis buatan sendiri serta produk lain yang dipercayai masih mengandung­i telur mentah.

Bahkan, bila kita tidak mencuci dan merendam telur, bakteria daripada cengkerang juga boleh ikut masuk dalam telur.

Jenis buah-buahan

Hindari buah-buahan berkulit nipis. Pilih buah yang memiliki kulit tebal terlindung dari air dan tanah tercemar serta dianggap selamat untuk dimakan di mana-mana.

Pisang, mangga, nanas dan betik adalah buah-buahan yang enak dan terlindung dek kulitnya yang tebal.

Bagi lebih selamat, anda boleh mengupas buahnya sendiri. Bagaimanap­un, pastikan alat digunakan terutama pisau itu bersih dan kering ketika anda mengupas buah.

Daging separuh masak

Hidangan stik separuh masak cukup menyelerak­an. Namun, anda harus berfikir dua kali untuk mengambil atau setidaknya jika anda tidak yakin terhadap proses penyediaan­nya, mulai dari cara ia diternak hingga siap dihidangka­n.

Daging memiliki dua lapisan yang sangat mudah tercemar. Bahagian luar daging seperti kanvas yang sangat mudah terjangkit bakteria penyebab penyakit.

Namun, bakteria pada bahagian ini mudah mati apabila daging sudah dimasak. Tapi masih ada bakteria lainnya yang terdapat di jaringan otot. Oleh itu, ahli makanan begitu memperhati­kan proses memasak daging hingga suhu dalam daging mencapai 71 darjah Celsius.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia