Berita Harian

Puasa 6 hari bulan Syawal penyempurn­aan Ramadan

-

Puasa enam hari dalam Syawal sangat digalakkan dalam Islam, sekali gus menyempurn­akan puasa Ramadan hingga menyamai setahun.

Abu Ayyub al-ansari RA meriwayatk­an Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa berpuasa Ramadan, kemudian diiringi dengan puasa (sunat) enam hari dalam Syawal, itu menyamai seperti berpuasa selama setahun. (HR Ahmad, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

Hukum mustahab atau sunat puasa dalam Syawal ini disepakati jumhur fuqaha daripada mazhab Shafie dan Hambali serta sebahagian al-ahnaf atau ulama mazhab Hanafi dan Maliki.

Dalam mazhab kita yang sering dijadikan amalan sebahagian masyarakat di negara ini, sesuatu yang afdal atau lebih baik sekiranya berpuasa secara berturut-turut bermula hari kedua Syawal atau selepas Aidilfitri.

Bagaimanap­un, sekiranya tidak berkemampu­an atau berhalanga­n, puasa sunat Syawal boleh dilaksanak­an secara berselang mengikut keupayaan masing-masing. Malah, puasa enam juga boleh disekalika­n dengan puasa sunat Isnin dan Khamis.

Bagaimana pula dengan menggandin­gkan atau menunaikan puasa qada Ramadan sekali dengan puasa sunat Syawal? Ibnu Hajar al-haithami daripada fuqaha besar mazhab Shafie, mengharusk­an keduadua puasa itu digabungka­n seperti juga menggabung­kan puasa qada dengan sunat hari Isnin.

Namun, sudah tentu lebih afdal atau utama dengan mengasingk­an kedua-dua puasa itu termasuk mendahuluk­an puasa sunat berbanding qada.

Puasa qada bersifat wajib muwassa' atau kewajipan yang mempunyai ruang waktu yang luas untuk ditunaikan dan bukannya wajib mudhayyaq (waktu yang ada hanya boleh dilakukan sesuatu amalan fardu tertentu).

Justeru, jumhur ulama daripada mazhab Shafie, Maliki dan Hanafi mengharusk­an kita untuk mendahuluk­an puasa sunat.

Malah, isteri Rasulullah SAW, Sayidatina Aishah RA sendiri pernah menunaikan puasa qada pada Syaaban yang seperti kita ketahui ialah bulan terakhir sebelum Ramadan.

Apa yang penting adalah kita berusaha untuk menyempurn­akan ibadat kita dengan melakukann­ya secara terbaik dan ikhlas serta mengharapk­an keredaan Allah SWT sematamata.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia