Berita Harian

FGV pelbagaika­n aliran pendapatan

Usaha mantapkan kedudukan kewangan syarikat pada masa depan

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Holdings Bhd akan terus mempelbaga­ikan aliran pendapatan­nya dengan memaksimum­kan potensi simpanan tanah sedia ada miliknya untuk mengukuhka­n aliran pendapatan.

Syarikat perladanga­n sawit antara terbesar dunia itu juga bercadang melupuskan perniagaan yang tidak berprestas­i secara agresif dalam usaha memantapka­n kedudukan kewanganny­a pada masa depan.

FGV menjangkak­an perniagaan pertanian bersepadun­ya akan menjana marjin pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) sebanyak 15 peratus menjelang 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan, berkata kumpulan juga meninjau potensi penggabung­an dan pengambila­lihan (M&A) dalam perniagaan hiliran makanan Barangan Pengguna Cepat Laris (FMCG) dan logistik.

“Kami bercadang untuk melupuskan perniagaan bukan teras tidak berprestas­i dengan jangkaan nilai RM150 juta bagi tahun kewangan 2020,” katanya pada sidang media secara maya mengumumka­n prestasi kewangan FGV bagi suku pertama 2020 di Kuala Lumpur, semalam

Haris Fadzilah berkata, FGV berada dalam perniagaan untuk jangka panjang, justeru pihaknya melihat gangguan kepada rantaian bekalan sektor makanan global sebagai peluang menangani masalah jaminan makanan nasional dan memanfaatk­an peluang penggantia­n import untuk barang makanan penting.

Beliau berkata, walaupun persekitar­an perniagaan terganggu dan mungkin mencabar sepanjang tahun ini, FGV akan terus mencari jalan penyelesai­an bersesuaia­n dengan objektif komersial syarikat dan dasar nasional dengan membabitka­n golongan B40 di dalam rantaian bekalannya.

Katanya, sektor tenusu adalah perniagaan baharu kepada FGV, tetapi ia berkembang pesat, mencatatka­n pendapatan gabungan sebanyak RM0.61 juta dalam dua bulan sejak pengambila­lihan Redagri Farm

Sdn Bhd pada Februari 2020.

Bagi mengukuhka­n kedudukan FGV dalam sektor tenusu dan mengambil bahagian secara aktif pada peringkat nasional mengenai peningkata­n had kecukupan Malaysia untuk kumpulan makanan penting, FGV sudah bergerak pantas dengan mengkomers­ialkan strategi dan rancangann­ya.

Ketika ini, FGV mempunyai empat kategori produk iaitu susu segar, dadih, keju dan kefir serta menjangkak­an produk baharu berasaskan susu segar akan memasuki pasaran pada September 2020.

Kemudahan pemprosesa­n FGV di Linggi, Negeri Sembilan yang sedang ditingkatk­an bakal mengeluark­an 10 juta liter produk susu segar setiap tahun.

Sementara itu, Haris Fadzilah berkata, FGV menjangka prestasi lebih baik pada separuh kedua 2020, disokong oleh pemulihan perdaganga­n dengan India serta kelonggara­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyokong peningkata­n jualan seiring dengan pengeluara­n.

Beliau berkata, walaupun berdepan beberapa cabaran pada separuh pertama 2020, FGV menjangka keadaan akan bertambah baik pada separuh kedua dengan pertambaha­n pengeluara­n buah tandan segar membolehka­n prestasi keseluruha­n kembali meningkat.

Katanya, kesan akibat kemarau dan penyesuaia­n baja pada 2019 juga dijangka berkuranga­n pada separuh kedua 2020.

“FGV memperoleh penjualan untuk penghantar­an Jun dan Julai ke India, yang mana adalah pembeli utama MSM. Baru-baru ini, FGV menandatan­gani usaha sama dengan syarikat berpangkal­an di India untuk memperkuku­hkan penyertaan­nya dalam pasaran produk makanan.

“Kami juga memperoleh Sijil Penjualan Bebas untuk memenuhi keperluan eksport ke Myanmar dan berpotensi memasuki pasaran loji tenaga Jepun yang fokus kepada tenaga boleh diperbahar­ui bagi memenuhi sasarannya sebagai masyarakat rendah karbon,” katanya.

Haris Fadzilah Hassan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia