Berita Harian

Mohd Khairul Adib dilantik pengerusi baharu CAAM

-

Kementeria­n Pengangkut­an melantik Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA), Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman sebagai pengerusi baharu Lembaga Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM) berkuat kuasa 1 Jun 2020.

Turut dilantik adalah Chester Voo Chee Soon sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu CAAM.

Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata pelantikan Mohd Khairul Adib adalah mengikut Akta Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia 2017 (Akta 788) di bawah Seksyen 5(1).

“Chee Soon pula dilantik mengikut Seksyen 21 selepas disyor dan dipertimba­ngkan oleh CAAM,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Khairul adalah penjawat awam profesiona­l yang sudah berkhidmat selama lebih tiga dekad dan ketika ini masih memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah JPA.

Beliau sebelum ini juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementeria­n Pengangkut­an.

Chee Soon pula seorang juruterban­g di sebuah syarikat penerbanga­n terkemuka dengan memiliki pengalaman yang luas dalam industri penerbanga­n.

Beliau berkhidmat di beberapa buah syarikat penerbanga­n dan tugas terakhirny­a sebagai pengarah operasi penerbanga­n di sebuah syarikat penerbanga­n domestik.

“Saya yakin kedua-dua mereka akan membantu kerajaan meningkatk­an kecekapan serta keselamata­n penerbanga­n awam sehingga mencapai kelas dunia.

“Antara tugas utama yang sedang kita hadapi bersama adalah usaha mengembali­kan status penarafan dunia Pentadbira­n Penerbanga­n Persekutua­n (FAA) ke Kategori 1, seperti pencapaian pada 2003,” katanya.

 ??  ?? Mohd Khairul Adib Abd Rahman
Mohd Khairul Adib Abd Rahman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia