Berita Harian

Indeks kekal atas paras 1,400

Keyakinan berterusan pemulihan ekonomi rangsang pasaran

-

Bursa Malaysia ditutup tinggi semalam dengan indeks utama kekal berada di atas paras 1,400 mendapat rangsangan daripada keyakinan berterusan terhadap pemulihan ekonomi global.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.77 mata untuk ditutup semalam kepada 1,457.5 daripada paras penutup 1,451.73 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi, naik 1.8 mata kepada 1,453.53 dan naik turun antara paras 1,449.25 dan 1,458.73 sepanjang hari dagangan.

Peniaga berkata saham Asia mencatatka­n prestasi bercampur-campur apabila sentimen dibayangi oleh kebimbanga­n terhadap ketegangan antara Amerika Syarikat (As)-china serta rancangan China untuk melaksanak­an undang-undang keselamata­n nasional di Hong Kong.

Ini juga menyebabka­n FBM KLCI berada dalam pola turun naik.

“Bagaimanap­un, sebahagian pelabur lebih menumpukan kepada pemulihan ekonomi global dengan banyak negara komited melonggark­an sekatan perniagaan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19,” katanya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kerajaan menjangkak­an lebih banyak perniagaan dibuka semula minggu depan dan menyambung semula paras produktivi­ti penuh mereka dalam beberapa minggu akan datang.

Beliau berkata ini akan memastikan pekerjaan kekal terjaga dan perniagaan boleh beroperasi seperti biasa yang seterusnya menstabilk­an ekonomi.

Di keseluruha­n pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 593 berbanding 395, manakala 375 kaunter tidak berubah, 532 tidak diniagakan dan 57 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut sedikit kepada 6.94 bilion unit bernilai RM5.45 bilion daripada 7.19 bilion saham bernilai RM4.78 bilion pada Rabu.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan IHH naik satu sen setiap satu masing-masing kepada RM7.41 dan RM5.39, Petronas Chemicals meningkat 14 sen kepada RM6.19 dan Maxis menokok lapan sen kepada RM5.39.

Tenaga turun 30 sen kepada RM11.90, manakala Public Bank susut enam sen kepada RM15.18.

Dalam kalangan kaunter cergas, Careplus meningkat 14 sen kepada RM1.11, Eduspec dan Sanichi naik setengah sen setiap satu masing-masing kepada tiga sen dan 9.5 sen dan Comfort Gloves meningkat 37 sen kepada RM3.45.

Key Alliance susut satu sen kepada 7.5 sen, manakala Lambo tidak berubah pada dua sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 29.12 mata kepada 10,332.94, Indeks FBMT 100 naik 33.89 mata kepada 10,184.28, Indeks FBM Emas Shariah menambah 36.6 mata kepada 11,890.43 dan FBM 70 menokok 17.17 mata kepada 12,954.63.

Bagaimanap­un, FBM ACE, berkuranga­n 22.12 mata kepada 5,529.62.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n naik 2.07 mata kepada 6,809.75, Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian meningkat 1.39 mata kepada 127.78 manakala Indeks Perkhidmat­an Kewangan menokok 29.22 mata kepada 12,379.55.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkuranga­n kepada 3.65 bilion saham bernilai RM4.49 bilion daripada 4.29 bilion saham bernilai RM4.26 bilion pada Rabu.

BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia