Berita Harian

86 juta kanak-kanak diancam kemiskinan

Tindakan segera mampu cegah impak pandemik di negara miskin

-

Kanak-kanak beratur untuk mendapatka­n makanan

Mereka ini amat terdedah kepada kebuluran dan kekurangan zat makanan yang berpotensi untuk terus membelengg­u seumur hidup mereka.

Inger Ashing, Ketua Pergerakan Save The Children

New York: Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) menjangkak­an lebih 86 juta kanak-kanak akan hidup dalam kemiskinan hujung tahun ini berikutan krisis ekonomi akibat pandemik COVID-19.

Menurut kajian bersama Pergerakan Save The Children dan Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF), jumlah kanak-kanak yang terjejas disebabkan kemiskinan di seluruh dunia adalah sebanyak 672 juta.

Ia menunjukka­n peningkata­n 15 peratus berbanding tahun lalu, menurut kedua-dua pertubuhan itu dalam satu kenyataan bersama.

Kajian juga mendapati, kira-kira dua pertiga daripada kanak-kanak terbabit tinggal di Afrika sub-sahara dan Asia Selatan, berdasarka­n data penduduk membabitka­n sekitar 100 negara.

Ketua Pergerakan Save The Children, Inger Ashing, berkata pandemik itu akan terus meningkat terutama di Eropah dan Asia Tengah berdasarka­n unjuran Bank Dunia dan Tabung

Kewangan Antarabang­sa (IMF).

“Dengan tindakan segera dan tegas, kita mampu mencegah serta menyekat ancaman pandemik yang dihadapi negara termiskin serta kanak-kanak yang terbabit.

“Mereka ini amat terdedah kepada kebuluran dan kekurangan zat makanan yang berpotensi untuk terus membelengg­u seumur hidup mereka,” katanya.

Kedua-dua pertubuhan itu menggesa kerajaan berkenaan segera memperluas­kan sistem keselamata­n sosial dan penyediaan makanan di sekolah untuk mengehadka­n kesan pandemik yang terus berlanjuta­n itu.

AFP

 ?? (Foto AFP) ?? di Cape Town, Afrika Selatan. Lebih ramai kanak-kanak dijangka hidup kemiskinan akibat pandemik COVID-19.
(Foto AFP) di Cape Town, Afrika Selatan. Lebih ramai kanak-kanak dijangka hidup kemiskinan akibat pandemik COVID-19.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia