Berita Harian

Britain tutup sementara kedutaan di Korea Utara

Inisiatif pulih sektor perdaganga­n, pengangkut­an babit kerjasama global

-

Seoul: Britain menutup sementara kedutaanny­a di Korea Utara dan memanggil pulang semua diplomat berikutan tindakan negara itu mengetatka­n perjalanan keluar masuk bagi mengekang COVID-19.

Jurucakap Kementeria­n Luar berkata, penutupan sementara Kedutaan Britain itu dibuat berikutan langkah kawalan ketat Korea Utara yang menyukarka­n penukaran kakitangan dan pengurusan kedutaan di sana.

Duta Britain ke Korea Utara, Colin Crooks, dalam ciapan di Twitter, berkata Kedutaan Britain di Pyongyang ditutup sementara mulai 27 Mei dan semua kakitangan kedutaan sudah meninggalk­an negara itu.

Korea Utara menutup sempadanny­a berikutan ancaman COVID-19 dan mendakwa tidak merekodkan sebarang jangkitan, yang mula dikesan di Wuhan, China akhir tahun lalu sebelum menular ke seluruh dunia.

Laman berita NK News melaporkan, diplomat British terbabit meninggalk­an Korea Utara mengikut jalan darat dengan memasuki China Selasa lalu.

Bagaimanap­un, Kementeria­n Luar menegaskan, Britain tetap mahu mengekalka­n hubungan diplomatik dengan Korea Utara dan membuka semula kedutaan apabila keadaan pulih. AGENSI

Bangkok: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan membantu negara membangun menangani cabaran yang dihadapi sektor perdaganga­n dan pengangkut­an di tengah-tengah penularan pandemik COVID-19.

Dalam satu kenyataan, Suruhanjay­a Ekonomi dan Sosial Pertubuhan

Bangsa-bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (UNESCAP) berkata, inisiatif itu akan memastikan sempadan dan rangkaian pengangkut­an tetap beroperasi, di samping memudahkan aliran pengangkut­an barang serta perkhidmat­an.

“Projek berkenaan memberi mengenai operasi pengangkut­an kargo rentas sempadan dan transaksi perdaganga­n.

Di bawah inisiatif ada tiga kluster utama, termasuk menumpukan kepada penyelesai­an tanpa sentuhan dan amalan baik dengan mengurangk­an hubungan fizikal dalam kalangan mereka yang terbabit dengan rantaian bekalan rentas sempadan dengan mempermuda­hkan aliran barang tanpa menyebarka­n virus.

BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia