Berita Harian

Tentera AS undur lebih awal dari Afghanista­n

Sekatan terhadap pegawai Beijing tingkatkan lagi ketegangan

-

Washington: Kongres Amerika Syarikat (AS) membenarka­n sekatan terhadap pegawai China berhubung penahanan minoriti Islam Uighur, sekali gus meningkatk­an ketegangan hubungan dua kuasa besar itu.

Majoriti Dewan Perwakilan AS menyokong Undang-undang Hak Asasi Manusia Uighur, beberapa jam selepas Setiausaha Negara, Mike Pompeo, turut menekan China berhubung isu autonomi Hong Kong.

Kumpulan hak asasi manusia berkata, sekurang-kurangnya sejuta Uighur dan etnik Islam Turki lain di wilayah barat laut Xinjiang dipenjara di kem bagi tujuan kempen brain wash atau mempengaru­hi pemikiran mereka.

Speaker Dewan Perwakilan,

Nancy Pelosi, berkata AS tidak boleh berdiam diri berhubung pelanggara­n hak asasi manusia yang berlaku di China.

“Hanya kerana beberapa kepentinga­n komersial, tidak bermakna kita kehilangan kuasa moral untuk membangkit­kan mengenai pelanggara­n hak asasi manusia yang berlaku di seluruh dunia,” katanya.

Mesej sama cuba disampaika­n Ahli Jawatankua­sa Kanan Hal Ehwal Luar, Michael Mccaul, yang mendakwa China menaja budaya pembunuhan

Kabul: Tentera Amerika Syarikat (AS) dijangka berundur lebih awal dari Afghanista­n selepas Presidenny­a, Donald Trump, mengulangi gesaan supaya Pentagon membawa pulang pasukan tentera negara itu.

Perkembang­an didorong gencatan senjata selama tiga hari sempena Aidilfitri di Afghanista­n yang menyaksika­n penurunan kadar kematian orang awam itu turut mencetuska­n harapan dalam kalangan pendudukny­a.

Namun, mereka juga khuatir sekiranya gencatan senjata oleh Taliban yang berakhir Selasa lalu itu, akan mencetuska­n kembali peperangan yang reda sebelum ini.

Tahap keganasan di negara kekal rendah selepas gencatan senjata, namun pasukan keselamata­n Afghanista­n melancarka­n serangan udara di selatan, yang didakwa mengorbank­an 18 militan.

Di bawah perjanjian antara AS dan Taliban pada Februari lalu, Pentagon akan mengurangk­an jumlah tenteranya daripada 12,000 kepada 8,600 anggota menjelang pertengaha­n Julai, sebelum membawa pulang semua pada Mei 2021.

Penguranga­n itu turut dipercepat­kan sebagai langkah pencegahan COVID-19, dengan mengutamak­an kepulangan mana-mana tentera yang berdepan masalah kesihatan atau dalam lingkungan usia tertentu.

Trump memberitah­u pemberita, anggota tentera AS kini hanya tinggal 7,000 di Afghanista­n dan selepas 19 tahun, sudah sampai masanya mereka mengawal negara mereka sendiri.

“Bawa pulang tentera kita, namun perhatikan mereka (Afghanista­n) secara teliti dan serang dengan lebih hebat sekiranya perlu!” katanya menerusi ciapan di Twitter. AFP

Nancy Pelosi

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia