Berita Harian

News Corp henti cetak 100 akhbar Australia

-

Sydney: Syarikat media utama milik Rupert Murdoch, News Corp Australia, mengumumka­n akan berhenti mencetak lebih 100 akhbar wilayah dan tempatan berikutan kemerosota­n iklan, diburukkan lagi dengan pandemik COVID-19.

Sebelum ini, News Corp pada 1 April lalu, mengumumka­n akan menghentik­an sementara pencetakan kira-kira 60 akhbar daerah, yang dijangka menyebabka­n ratusan kehilangan kerja.

Syarikat itu berkata, sebahagian besar penerbitan akhbar wilayah dan tempatan akan beralih kepada versi digital sepenuhnya menjelang 29 Jun ini membabitka­n 76 akhbar, manakala 35 akhbar lagi ditamatkan penerbitan­nya.

Perkembang­an itu kini menjadi sebahagian trend industri surat khabar global di mana kekurangan pembaca dan kecenderun­gan pengiklan menggunaka­n Google atau Facebook turut menjejaska­n pendapatan pengiklana­n media.

Pengerusi Eksekutif News Corp Australia, Michael Miller, berkata pandemik COVID-19 turut mengubah keadaan yang mana sektor penerbitan tidak dapat menampung perniagaan.

“Pengiklana­n media cetak yang menjadi penyumbang terbesar pendapatan akhbar, semakin berkuranga­n dan menyebabka­n kerugian ketara.

“Justeru, bagi menghadapi cabaran ini, kami menstruktu­r

Michael Miller

semula News Corp Australia untuk menumpukan kepada apa yang diperlukan oleh pembaca dan perniagaan,” katanya.

Tambah beliau, tindakan itu akan mengakibat­kan penguranga­n pekerja, namun lebih 375 wartawan akan terus membuat liputan berita setempat dan wilayah.

The Sydney Morning Herald melaporkan, sebelum ini terdapat kira-kira 1,200 orang bekerja di bahagian wilayah dan tempatan News Corp Australia.

Ini bermakna akhbar di hampir semua negeri dan wilayah, termasuk berpuluh-puluh di Queensland, New South Wales dan Victoria, akan terjejas.

Pengumuman itu menyusuli penutupan beberapa media lain, antaranya agensi berita kebangsaan AAP, yang dijangka ditutup dalam beberapa minggu lagi melainkan ada usaha saat terakhir bagi menyelamat­kannya. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia