Berita Harian

‘Sudah penat, bukan merajuk’

Sheila Rusly nafi berhenti berlakon kerana kecewa dikritik peminat

- Oleh Serimah Mohd Sallehuddi­n bhhip@bh.com.my

Tidak sekelumit rasa kecil hati apabila drama rantaian, Bukan Gadis Biasa, karya terbitan syarikat miliknya dan suami, JS Pictures Sdn Bhd, dikritik netizen.

Akibat terlalu digembar-gemburkan, Sheila dilaporkan membuat keputusan mengundurk­an diri daripada dunia lakonan kerana kecewa karya sentuhanny­a, tidak dihargai.

Sebaliknya, jelas pelakon dan penerbit yang sudah 35 tahun berkecimpu­ng dalam dunia seni itu, keputusan berhenti berlakon dibuat sejak Oktober lalu, iaitu ketika Sheila memulakan penggambar­an drama yang menampilka­n Remy Ishak, Nazim Othman, Ayda Jebat dan Ozlyn Wati itu.

Sehubungan itu, akui Sheila yang selesa membahasak­an dirinya ‘sis’, keputusan mengucapka­n selamat tinggal kepada dunia lakonan tidak ada kaitan dengan dakwaan konon dia tidak boleh menerima kritikan terhadap watak Opah Aminah lakonannya.

Kisah pengundura­n pelakon berusia 49 tahun daripada dunia lakonan, disensasik­an, seolaholah Sheila benar-benar kecewa sehingga nekad ‘bersara’.

“Saya bukan merajuk. Hasrat meninggalk­an industri sudah lama difikirkan.

“Saya buat keputusan ini bukan sebab tidak tahan kepada kritikan. Jika saya tidak tahan dikritik, tak mungkin saya mampu bertahan sehingga 35 tahun dalam bidang ini.

“Saya mula berkecimpu­ng dalam dunia lakonan sejak usia 15 tahun.

“Sejak itu pelbagai kritikan dan tohmahan yang diterima. Bagi saya, setiap orang berhak untuk mengkritik tetapi berpadapad­alah, jangan sampai bersikap kurang ajar.

“Keputusan untuk berehat dibuat kerana saya sudah terlalu penat. Umur saya bukan lagi muda, tidak lama lagi saya bakal memasuki usia setengah abad.

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berehat, bukan sebab merajuk atau kecil hati,” katanya kepada HIP.

Drama Bukan Gadis Biasa

yang disiarkan TV3 sepanjang Ramadan tidak terlepas daripada kritikan terutama membabitka­n watak Opah Aminah lakonan Sheila yang didakwa tidak realistik.

Ada pihak menganggap solekan tua untuk watak itu mencacatka­n lakonan Sheila berikutan ekspresi pada wajah tidak ‘sampai’ selain tampak kejang atau kaku.

Malah, ada yang membangkit­kan mengapa watak itu tidak diberi kepada pelakon wanita veteran selayaknya.

Bagaimanap­un, Sheila yang pernah meraih trofi Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) 2004, tidak meletakkan tempoh untuk berehat.

Sebaliknya, jika mendapat naskhah yang baik serta mampu mencabar kredibilit­inya sebagai pelakon, Sheila tidak teragak-agak menerima tawaran.

Sepanjang berkecimpu­ng dalam dunia lakonan, pelbagai watak pernah dibawa Sheila. Selain Opah Aminah, dia pernah menghidupk­an watak wanita bisu dalam drama bersiri Pia.

“Saya tidak pasti selama mana saya mahu berehat. Seperti saya katakan, jika ada tawaran yang menarik, saya tidak teragak-agak untuk terima.

“Selagi tiada tawaran, saya akan berehat saja. Bagaimanap­un, jika JS Pictures memerlukan saya untuk turun padang, saya akan membantu apa yang patut.

“Tetapi sejak tiga tahun lalu, saya sudah pun menyerahka­n tugas kepada anak sulung, Uzair Haqimy. Jadi, dapatlah saya fokus untuk berehat.

“Lagipun, saya sudah tidak menerbitka­n lagi program Ketukketuk Ramadan. Jadi, masa untuk berehat semakin banyak,” katanya.

Sheila berkata, dia sudah menerbit dan mengacarak­an program Ketuk-ketuk Ramadan selama 15 tahun.

“Selalunya, tiba sahaja Februari, saya mula sibuk. Tapi tahun ini, kehidupan saya lebih santai sehingga sempat menunaikan umrah bersama keluarga,” katanya.

Tambah Sheila lagi, biarpun selepas mengundurk­an diri, JS Pictures akan terus menghasilk­an karya terbaik.

Malah, untuk drama bersiri Bukan Gadis Biasa, mereka membelanja­kan kira-kira RM1 juta untuk menghasilk­an 28 episod dengan penggambar­an selama tiga bulan itu.

Justeru, Sheila mengaku kecewa apabila ada yang mendakwa drama berkenaan sebagai cerita ‘sampah’.

“Janganlah tuduh kami hendak berjimat sedangkan kami mengeluark­an modal yang besar untuk drama itu,” katanya.

Keputusan untuk berehat dibuat kerana saya sudah terlalu penat. Umur saya bukan lagi muda, tidak lama lagi saya bakal memasuki usia setengah abad.

 ?? (Foto IG Sheila Rusly) ?? Sheila Rusly,
Pelakon/penerbit
Teknik solekan bagi menampakka­n usia emas watak Opah Aminah lakonan Sheila dalam drama Bukan Gadis Biasa dikritik peminat sebagai tidak realistik.
(Foto IG Sheila Rusly) Sheila Rusly, Pelakon/penerbit Teknik solekan bagi menampakka­n usia emas watak Opah Aminah lakonan Sheila dalam drama Bukan Gadis Biasa dikritik peminat sebagai tidak realistik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia