Berita Harian

Ezad Lazim aktif sepanjang PKPB

-

Menyesuaik­an diri dengan kehidupan normal baharu, penyanyi Ezad Lazim aktif melancarka­n single dari rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Selepas berpeluang merakamkan lagu ketuhanan berjudul Sayyidatin­a Khadija

bersama bekas vokalis kumpulan ST12 dari Indonesia, Charly Van Houten, Ezad tampil lagi dengan dua single baharu.

Ezad atau nama penuh, Mohd Rohaizad Mohd Lazim memberitah­u, dia ditawarkan merakamkan lagu Hari Raya bersama Farawahida berjudul Dah Raya.

Ini disusuli sebuah lagi projek raya dalam talian anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

“Saya anggap ini semua rezeki PKPB dan Ramadan. Lagu raya bersama Farawahida dicetuskan daripada komposerny­a, Wan Sham.

“Dia mahukan saya menyanyi lagu ciptaannya dan meminta saya mencari rakan duet. Ramai penyanyi dicadangka­n, namun rezeki berbalik kepada Farawahida.

“Lagu ini dirakam pada minggu kedua Ramadan. Video muziknya juga sudah siap dibikin,” katanya.

Projek dalam talian dengan JKKN pula dibuat bagi memenuhi permintaan teman karib, Izwan Izhar.

“Disebabkan saya ada masa lapang, saya tak kisah memberi sokongan. Proses menghasilk­an lagu yang diberi judul Rai Raya

dibuat dalam talian.

“Saya rakam suara melalui Whatsapp manakala video dirakam menggunaka­n telefon pintar isteri. Semuanya dihantar menerusi aplikasi Telegram,” katanya.

Ezad bersyukur lagu Rai

Raya tersenarai antara 10 lagu terbaik daripada 100 penyertaan.

“Keputusan akan diumumkan selepas Aidilfitri. Saya hanya membantu, menang atau kalah, saya tolak ketepi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia