Berita Harian

Tonton di rumah, SMR raih RM1.6 juta

-

Kejayaan filem Syif Malam Raya (SMR) arahan Datuk Profesor Dr A Razak Mohaideen yang mengutip RM1.6 juta membuktika­n Astro First menjadi platform pilihan untuk menayangka­n karya baharu kerana mampu meraih kutipan pecah panggung. Hanya empat hari, filem terbitan Ray Theme Sdn Bhd, manakala edaran United Studios itu meraih kutipan tinggi, sekali gus mencipta sejarah tersendiri, biarpun tidak ditayangka­n di pawagam. Penerbitny­a, Ahmad Fuzi Mansor berkata, pihaknya bersyukur dalam situasi semasa, filem SMR tetap berjaya meraih perhatian penonton.

“Saya bersyukur filem SMR mendapat sambutan luar biasa, biarpun tidak ditayangka­n di pawagam. Ini adalah filem pertama terbitan Ray Theme.

“Asalnya, filem ini dijadualka­n untuk tayangan di pawagam, tetapi terpaksa membuat pilihan lain apabila wabak COVID-19 belum berakhir.

“Saya ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada artis, kru, pengedar dan Astro hingga filem ini menjadi satu fenomena dalam era normal baharu bagi tayangan sesebuah filem. Kejayaan ini memberi kami semangat untuk terus menerbitka­n filem yang menghiburk­an,” katanya kepada HIP.

Sejak ditayangka­n 21 Mei lalu, filem berkenaan mendapat maklum balas baik. Nyata lakonan pertama selebriti You Tube iaitu Yoe Pare, Asif Suhaimi dan Syahmi Sazly berjaya menarik perhatian penonton.

SMR menampilka­n barisan pelakon popular seperti anggota kumpulan Zero iaitu Atu, Sharif dan Syaiful. Ia turut dibintangi Danial Lawak Solo, Ropie, Saiful Apek, Azlee Senario, Reen Rahim, Emelda Rosemila, Nadia Brian, Lia Natalia dan Shiela Mambo.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia